Thursday, July 30, 2009

DaH Nak HaBiS Daa...


Bergambar kenangan...
Sempatlah kitorang bergambar kenangan.. jadi, nilah kesemua peserta kursus kat sini.. ada yang otai2, gegak-gempita, ayu n macho..aku ni salah satu antara yang tersebutlah.. Dapat cari tak? Kedua dari ujung sebelah kiri.. yang tengah baju biru penceramah kesukaan aku..
Dapat sijil daa..
Disebabkan ada yang terpaksa balik petang tu, kitorang dipaksa menerima sijil bersama2 gambar kenangan..jadi, sempatlah posing ngan Puan Rosnani @ kak nani (Penceramah)..
Petang tadi, adala makan special sikit.. sikit je..sebab makanan kat sini memang best n special selalu..Malam ni dah tak ada kursus, so leh tidur awal n berkemas utk pulang esok..


KENANGAN..

EO & Ex-EO PTSS

sempat la bergambar kenangan.. kepada Cik PFA, ni gambar terkini tau.. tak berubah kan.. still slim walaupun banyaknya makanan kat sini tapi i ambil langkah brjaga2.. takut tersilap makan.. Lagi satu takut Cik PFA tak kenal bila teman balik nanti..



Wednesday, July 29, 2009

Hari Kedua



Bahan2 yang dibekalkan..

Penceramah kursus ni ialah Pensyarah Uitm Shah Alam..nama dia Pn. Rosnani.. dia amat berpengalaman terutama bidang kewangan n aset.. kalau kak ros leh kawan ngan dia best ar..


Dia seorang yang lucu n suka bercerita.. disebabkan aku duk depan mata dia, asyik2 aku je yang jadi contoh.. nk lari duk belakang kesian pulak kat kak noni.. dalam kelucuan itu aku ada jugaklah tertidur..he..he..tu yang segan duk depan.. tapi rasanya puan tak tau kot aku tidur.. sekejap je.. tak dang mimpi pun..
Nama Keramat...



Gula-gula Peneman

Gula-gula ni tak sedap.. kenapa tak sedap, sebab aku tak suka Barli.. so ia sekadar teman aku jelah..

Petang tu kitorang buat rombongan Cik Kiah ke Bandar Klang.. g Mydin n sekitar tu je.. tapi at least kalau orang tanya " Anda pernah ke bandar Klang?" Boleh la jawab " YES".. so mase duk tunggu bas yang berharga tambang 80 sen datang sempat la snap gambar Hotel Crystal Crown ni..

Ni la hotelnyer

Roomate...

Hari ni busy sikit..dah nama nya kursus..

Kawan2 kat PTSS mesti kenal akak ni, namanya Nor Nisah @ kak Noni.. dia kenal geng Ostad.. tapi dia tak ingat geng ustajah.. kenapa ni, korang tak famous ek berbnding geng ostad??
Dah puas dah bagitau nama korang n nama samaran korang, tapi dia tak ingat jugak..

Kak Noni lah roomate yang ditunggu2.. dia very-very peramah..n banyak modal cakap.. ada je yang dia sembang..so far ok la..

Mula-mula sampai..

Bilik 727


Agak teruja masa masuk bilik ni.. bersih, kemas n selesa.. biasala hotel..

Masa ni, roomate tak datang lagi.. so apa lagi, ambik la gambar..


Duk fikir2.. siapala roomate aku..

Tuesday, July 28, 2009

Aku Datang...


Alhamdulillah..dilancarkan NYA urusan perjalanan..


Maka bermulalah Kursus Pengurusan Mesyuarat yang akan berkampung di Crystal Crown Hotel, Port Kelang..
Mujur jugak sepupu ku ada yang mengajar di sini. Dialah yang tolong ambik dari Komuter Klang..
kesimpulannya, tak best datang kursus sorang2...

Monday, July 27, 2009

TerSasaR Hasil TangKapan

Adui.. lain yang dicari, lain yang ditangkap..

Konon-konon nak teman je kak rus g JJ tapi tak sangka aku yang berjaya buat tangkapan..

Itulah padahnya bila duit banyak di tangan.. Mujur jugak masa kat Kedai Buku MPH tu aku cepat sedar diri kalau tak abis la..

Nak share sikit ngan kawan2 yang suka baca buku motivasi sama ada yang baru nak mencebur diri tu, ada satu buku yang bagus untuk dibaca jugak, tajuk nya Life is an open Secret.. dia ada 3 siri.. dan ada 2 versi Bahasa Melayu n English.. baca dalam kedua2 versi pun best..
Satu lagi buku yang paling saya sayang ialah Biografi Muhammad.. yang memang tangkap nangis.. Orang kata, kalau nak bagi hadiah kat orang kita bagi benda yang kita sayang.. tapi aku tak sanggup nak bagi, kecuali beli lain..heheh..
Buku tajuk I LOVE U TOO pun best.. haji Bad dalam anis yang tulis..
Pastu kalau nak dapat mutiara ilmu/kata2 hikmah, boleh baca dari buku Telaga Budi dari Tok Guru Nik Aziz..
pastu buku "dare to fail @ Berani gagal" tu elok di baca. Kepada puan ainul, ada duit nanti, beli lah buku tu.. Tapi kena baca sampai abis la.. saya pun tak abis2 lagi baca.. dah 2 tahun..
nanti kita share2 lagi buku2 motivasi yang patut untuk dimiliki...

Eii, Tembamnyeer..


25 Julai 09, lahirlah 2 bayi perempuan di Hospital Ipoh..


Ni gambar baby kakak PFA.. baru bersalin.. Terpegun kitorang bila tengok wajah baby ni.. Comel sangat, gebu n tembam.. sempatla berposing sket dengan Wan Nur Madihah..



Bersama Acik Zatul



Bersama Mak Su nyeer....




Rindunyeer Miss Chong..


RESTORAN LAKSAMANA CHENG HO


Bertempat di Restoran Cheng Ho, Medan Istana, area jam 12.15 tghari, kami menjamu selera di situ.. Camner leh jumpa, ada kisahnya....

Memang seronokla dapat jumpa miss chong.. entah bila pulak leh jumpa..


Semua Ceria2



Semua ceria n happy terutama bila dah berjaya menghabiskan makanan yang terhidang.



Friday, July 24, 2009

SEKITAR SAMBUTAN 40 TAHUN PUO..

Khusyuk mendengar dan berbincang..heheh..


Ni masa duk perasmian..yang berbaju berwarna ore ni, geng lecturer PUO, selain tu, budak2 poli..baju ni di sponsor..tapi ada yang beli sendiri n buat sesi pinjam-meminjam sebab baju tu tak cukup syarat bagi yang solehah..
Mula2 tu sesi perasmian diselangi sesi menyembang.. biasala..Kemudian kitorang dijamu makan yang perlu dibayar sendiri (ALAMAK! duit yati tak bayar lagi)..
kemudian kitorang main-main sukaneka..


Sebelum main bergambar dulu... (Ni geng isteri2 orang)


Ni tengah buat promosi baju.. lagu tema "Ana Muslim"



Tengah tunggu orang panggil main..


Tarik Upih..

seronok orang tarik kita..macam naik roller coaster..tambah2 lagi orang yang ditarik ringan bangat.. Kami lah JUARA pada mulanya..heheh..


Team telefon berkarat.. KAMI JUARA..



Pelakon utama pusing belakangla pulak.. kak wan jugak yang duk khusyuk dengar taklimat..


in the end....


Kesimpulannya, kitorang enjoy sesama kitorang.. ada yang menang, ada yang kalah.. kitorang menang, kitorang kalah.. sebenarnya bukan sengaja kalah, tapi sengaja mengalahkan diri.. kalau bukan kitorang yang kalah, tak ada orang yang menang..heheh...


PUO 40 TAHUN...


Sekarang ni, PUO sedang celebrate umur dia 40 Tahun.. macam2 program ada..bercampur-campur baik buruknya.. JPA anjur, debat ngan pertandingan esei.. setakat ni ada yang dah hantar tapi geng JPA sendiri belum hantar lagi..


Dah tua rupanya PUO ni.. kalau manusia mesti dah semakin cerdik n matang.. nanti bila Puan Buenavista bagi gambar tu, kita leh tengok sama-sama sekitar sambutan 40 tahun PUO..

I LOVE MY FAMILY



Tibalah saat yang ditunggu-tunggu.. dah lama buat ni, tapi tak ada masa nak edit gambar.. Jadi dalam kesibukan, sempat jugakla edit sikit-sikit..Maka terhasillah foto2 ini..
Jom kita kenal..

my abah.. Nama dia Hj Abdullah atau lebih dikenali Cikgu Lah. Ngajar kat SMK Kamil.. impian abah yang nampak macam tak menjadi ialah nak buka kedai bila pencen nanti sebab myb akan jd tukang ambik n hantar sekolah kpd mek ah..Abah baik, pakar kaunseling n memang memahami.. Memang padanla jadi cikgu..

My Ummi.. Nama umi Siti Amnah.. atau dikenali jgk dengan nama kak nah @ Cik Nah. Keje kat JPJ.. so senang bagi aku kalau nak renew lesen memandu.. Cita-cita umi yang tak menjadi n mujur tak menjadi ialah jadi pramugari..masa tu sebab saje je isi borang.. tengok2 dipanggil interview..tapi direject bcoz tak cukup inci tinggi..padahal umi ni kategori orang tinggi jugakla dulu2.. seorang ibu yang baik, n paling penting pandai masak..

My second adik, namanya Afidatul Syakirah..kitorang panggil Ngah.. Kecik2 dulu dia musuh ketat aku..pantang jumpa mesti bergaduh.. masa tu kitaorang berempat, 2 perempuan, 2 lelaki.. cukup partner.. tapi aku tau dia sayang aku..dia dah hampir nak tamat zaman bujang.. ins. Allah raya Haji nanti.. pasni aku dapat la adik Ipar..suami aku pun dapatla kawan..


Yang ke tiga, namanya Afiq Aiman.. diala ikon iklan aiman tak kisah tu.. sekarang duk b'jar kat UIAM gombak.. Kategori seorang yang cukup memahami..n rajin belajar (ye ke..)so gud luck la di dunia akhirat..

Yang ke Empat, dulu ingatkan dialah yang bongsunya..rupanya tidak.. dia duk Maktab kat Kuala Lipis..bakal Ostad.. orangnya kecik tapi tinggi..Kategori rajinla..kalau dia baca ni, perasan habis meletup la..


Yang Kelima nama Siti Aisyah Solehah..Dia hadir selepas Aus membongsu 8 tahun.. masa tu umi nak g mekah.. Ecah baik ngan aku n abah pernah kata dia ni ada ciri2 ahli tasawuf sebab jenis banyak fikir n tanya.. kadang2 geram pun ada.. Dia adalah penyambung keturunan Siti..Nama dia Aisyah sebab masa tu abah baru balik Mekah jadi abah nak letak nama ummul mukminin la.

Ecah selalu jadi mangsa n pemangsa kepada faqihah.. macam kakak-kakak dia yang dolu2.. jumpa bergaduh, tapi kalau tak jumpa, duk sibuk mencari.. ecah pernah nak promote aku kat orang2 kat kedai2 kat kampung..




Yang bongsu, namanya Siti Nur Faqihah..dia ni jenis lincah muggas.. suka mengusik kak ngah n kak ecah.. Hobi dia menulis n komen masakan orang.. sebabnya dia jenis tak suka makan lauk..Makanan dia just nasi ngan kicap..senang sape dapat dia..tak banyak bajet utk bagi dia makan..berperang kalau nak makan.. jadi kitorang kena prepare cerita apa-apala kalau nak bagi dia makan.sambil makan, sambil bercerita.. yang tak tahan, tajuk, dia yang bagi..Apa yang dicerita kalau tajuknya, "Kipas dengan Lampu", "Budak dengan Air-Cond"..so hentam sajalah.. yang penting, dia dah jadi sumber idola kepada miss astalavista..




Selepas 25 tahun membujang, hadirla orang baru dalam hidup n keluargaku.. nama dia Mr. Isadli.. Dia jenis sporting, n penyabar..Dia duk Jauh Nun Di Sabah sana.. tak taula bila dapat tukarnya..harap2 cepatla..aisyah n tahah selalu tanya, abang long dia pernah marah tak kakak dia yang ni..Tak Pernah la duhai adik2 ku sayang,bayangkan kalau la aku cakap pernah marah, mesti diorang serang abang long dia yang tu.sebab diorang penyokong kuat aku..heheh.jangan mare..




Demikianla, kisah hidup yang setakat 26 tahun ni..semoga lepas ni, hadirla orang baru yang ditunggu2...Insya Allah..so, korang pun doa2 la..

BIRRUL WAALIDAINI

Teringin jugak nak letak cerita kuarga dalam blog ni..sambil2 tu, leh promosi mana-mana yang single-mingle lagi.. teman tak kisah jadik orang tengah janji, poket teman penuh..Sekarang ni, teman tengah edit2 gambar yang nak dimuatkan.. gambar bukan sebarang gambar, gambar yang tak pernah dijual dikedai..Tengah2 meng’edit’ gambar, teman terdengar2 satu lagu lama yang memang teman suka dengar.. Terlintas pulak, ada sorang kawan teman membuat pengaduan mengape teman tak tukar-tukar tajuk.. agaknye kawan teman tu nak jemu duk baca tajuk FEELING tu…Bukan ape, teman tak ada mood la…Jadik untuk tidak menghampakan dia, teman buatlah sikit bingkisan..

B4 tu, kite nyanyi dulu deh..ok…muzik please..

satu, kasih nan abadi tiada tandingi Dia yang satu..
Dua, sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu..
Ttiga.. lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah…
Empat, sudah kau ketemu sehati selalu beza antara kasih dan kekasih
Ibu, ku ingat dahulu menyisir rambutku semat selalu,
Ayah menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa…
Sayang dengar lagu ini untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan, manis terus ditelan pahit terus dibuang itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia, ingat itu bukan untuk selamanya..
Andai kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara…

Bila korang baca ni, mesti korang teringat kat mak ayah kan.. lepas tu teringat kat si dia yang jauh nun di mata..heheh… Gitulah, betapa besarnya pengorbanan mak ayah kita kan.. kalaulah mak ayah kita tak jaga ,didik, hantar g sekolah, kita tak jadi secemerlang macam hari ni kan..INGAT tu! Lepas tu, suka duka dalam hidup ni benda yang WAJIB kita tempuhi.. jdk, kena tabah, sabar dan terima dengan redha.. Insya Allah ada hikmah disebaliknya..

Monday, July 20, 2009

FEELING....



Kadang-kadang dalam sehari kita dilanda macam-macam perasaan..




Gembira, sedih, kecewa, marah, benci, sayang, rindu, menyampah dan seribu satu perasaan lagi..




bila kita gembira, kita sentiasa tersenyum2 d tersengih2..orang pun tegur "happy je". time happy ni, semua orang akan nampak kita happy,walaupun kita sengaja buat2 happy..




Bila kita sedih, kita nampak bermuram durja, muka macam nak nangis atau mka macam orang baru lepas nangis..time ni, hanya orang yang rapat dengan kita je yang leh perasan.. kadang2 orang yang ada instinct ngan kita pun leh perasan..macam mak ayah kita la..kita kan share darah daging ngan diorang..




Bila kita kecewa, lebih kurang la ngan sedih..dari kecewa ni, dia akan lahir macam-macam perasaan yang negatif macam benci, menyampah, marah.. rasanya tak ada orang yang kecewa tapi dia happy.. kalau happy pun sebenarnya buat2 je..tak nak bagi orang tau..




Dalam banyak-banyak perasaan yang kita alami, perasaan gembiralah paling kita nak.. kalau boleh, biarlah kita ni tak tau macam mana rasa marah, sedih, kecewa.. apa yang berlaku kita senyum je.. TAPI MUSTAHIL... sebab perasaan yang Allah bagi kat kita tu, untuk melengkapkan kita sebagai seorang manusia yang berakal dan berperasaan. takkan la kalau tengah dengar kuliah tentang saat kematian, tentang kisah sedih kita duk tersengih2 pulak.mesti orang marah.. jadi perasaan tu kena balance la.. tak boleh selalu duk bersedih, duk menangis, tergelak2.. pandai-pandai la nak control diri..



kadang2 bila kita menangis atau kita meluahkan pada seseorang,beban tu akan berkurangan n kita tak sedih lagi.. kalau kita nak marah orang, kalau kita leh marah direct pada orang tu, lagi lega, tapi kalau tak boleh, kita akan tuju pada orang lain tau benda lain.. tu yang sampai ada orang tumbuk dinding..last2 diri sendiri yang sakit..


Apapun, kita kena usaha utuk happy kerana happy itu boleh membahagia dan menyenangkan hati orang sekeliling kita.. walaupun diri kita sedang sedih..

Friday, July 17, 2009

NASI GORENG IKAN MASIN

Semalam ada seorang kawanku bernombor kereta PFA 241 telah merajinkan dirinya buat Nasi Goreng Ikan Masin + Ikan Bilis+telur.. sebelum tu, dia cakap nak balik lewat coz....( Hanya aku ngan dia je yang tau) aku ni, dengan semangatnya, pikul laptop ngan bekas air, dengan handbeg (yang nampak gaya kena tukar baru..) ke bilik bawah.. Tengok2 dah kunci.. slepas duk membebel yang berbunyi "mek ni, kata nak balik lambat" tiba-tiba dapat satu sms yang berbunyi " Gue mau greng nasi n nak bagi kat lo.. so..lo ngak bisa masak nasik..(lebih kurang la) Nak tau kenapa ayat tu bunyi macam tu? sebab masa tu cerita Aqso &Madina tengah main... so ku tunggu jelah orang hantar makanan.. perut dah lapar tapi makanan tak sampai2.. kul 6.30 aku sms dengan tak malunya, tanya bila nak hantar nasik goreng?? sekejap tu si tuan punya PFA hantar la siap dengan buah betik,dengan ais krim lagi..sedap..berbaloi la aku tunggu lama.. agaknya kalau lama lagi tak tau la kawan ku itu nak bagi apa lagi.. tak yah la susah-susah (ayat keramat ni....).

Aksara Cinta Nadra @ Maria

Nadra Maarof sewaktu bersama ibu angkatnya Siti Aminah


Teringat kisah dia yang terpahat dan tak tersengaja aku beli kat Kedai Muda Osman,Pasir Puteh yang bertajuk " ATAS NAMA CINTA"..hasil karya ISA KAMARI.. tak tau pun kisah apa. tapi bila baca pengomen2 dia orang hebat n diorang duk kata buku tu best..so aku pun beli la..
Lagipun, abah pesan, nak tau buku tu bagus tak bagus tengok pada tulisan pengomen buku.. kalau yang komen tu orang hebat macam karyawan negara/luar negara/ para pensyarah U komfem buku tu bagus n harus dibeli..

Jadik, memang tak nyesal la beli buku tu..lagi pulak, bila abah cerita sikit tentang Nadra @ Maria ni sape, sejarah ringkas hidup dia tapi masa tu dia tak meninggal lagi.. so aku pun baca sampai habis..

Rasa macam kesal sangat dengan apa yang berlaku.. kenapala, tak boleh nak selamatkan nadra ni masa tu.. Kesian dia..baru nak kenal Islam dah dihalang..
Tiba2 Hari Selasa baru-baru ni, En.Syed masuk bilik n bagitau yang nadra dah meninggal. terkejut aku.. beritanya ada terpampang di NST hari tu..

Aku amat berharap dia masih Islam, tapi dia tak bagitau orang lain.. itu, antara dia dengan Allah.. Nak doa pun, takut dia dah keluar Islam..

Thursday, July 16, 2009

JAGUNG BAKAR BERASAP


Terbaca ainul punya ikan bakar, teringat jagung bakar aku semalam.. masa g pasar malam tu(tapi masa petang ye) memang dah teringin nak beli, tapi memikirkan ada jagung dalam peti ais kat umah.. so, fikir2 bakar kat umah jelah..
Jadik, lepas semayang Isyak, aku turun mkan laksa dulu. Habis semangkuk laksa..dah kenyang.. Orang kata nak tau saiz perut kita tengok pada penumbuk kita, kalau besar penumbuk, maknanya besarla perut tu, n banyakla yang perlu diisi utk memenuhinya..heheh... tapi penumbuk aku kecik je..tu yang makan laksa semangkuk pun dah kenyang ibarat makan nasi berpinggan2..
Tapi bayangan jagung bakar asyik duk terbayang2..(bukan rindu bayangan tau) Disebabkan takut tak boleh tidur coz duk teringat kat si jagung bakar, akupun memulakan langkah...ambk jagung, sapu marjerin n bakar atas dapur jugak. macam ikan bakar ainul..selang seli celup air garam+bakar.. n makan sorang2.. kepada orang umah 187, sori, tak dapat nak hantar coz malas nak kuar rumah dah..tapi takpekan, petang tu dah hantar bubur n kerabu..
seusai membakar, baru ku sedar, satu rumah ku berasap, tapi bau jagung wangila.. semua tingkap n pintu ku buka sekadarnya supaya asap tu leh kuar,kesian ia, terkurung..

Wednesday, July 15, 2009

DAY4733

Dah tinggal sebulan lebih je lagi nak masuk Ramadhan Al-Mubarak..kalau menyembang tentang bulan puasa, teringat kenangan masa mula2 daftar kat PUO ni. Kitorang daftar seminggu lepas tu puasa.. Masa tu memang mencabar bagi 3 orang anak dara rumah 187.. Pagi2 lepas Subuh kul 7.00 kitorang dah berjalan ke PUO..BERJALAN tau..adala 20 min kot.pagi2 lagi dah penat.. mujurla sepanjang masa tu, tak adala pulak terserempak dengan si Kalbun... Waktu balik, tumpangla kawan2 yang ada kereta. sekerat jalan pun jadilah.. Masa bulan puasa tu, yang paling teringin ialah ais.. nak beli, awal sangat..konfem ais tu dah jadi air.. nak beli peti ais masa tu baru keje..masing-masing tak ada Nuqud n Fulus..hampir2 nak mita tolong student sebelah umah belikan..tapi MALU...2 minggu lepas tu, Alhamdulillah, Honda Wave DAY4733 (dihighligh warna merah sebab motor tu warna merah)pun sampai.. jadi berkudratkan 2 tayar+2kerat kaki,tangan, kitorang bertiga menggunakannya secara bergilir2 dan ulang alik... nak bestnya, walaupun aku ni empunya motor, tapi selalu duk jd pembonceng..KENAPA?? sebab diorang takut orang kata "ade ke patut, orang kecik bawak orang lebih besar" he..he.. macam kisah Luqmanul Hakim ngn anak dia masuk kampung tu.. tapi yang TAK SYOK nya, kalau g kedai, aku menjadi mangsa yang kena pegang barang kalau raga kat depan penuh.. MASALAH nya kalau g kedai ni, selalu lupa,kitorang datang dengan apa..beli punya beli tengok2 tak muat raga.. tapi tak pernah lagila sampai kena angkut 2 kali..


lepas tu datang la si motor kriss biru.. jadi kurangla sikit duk mengangkutnya..


Lepas tu datang pulak si MyVI..jadi kalau ujan MyVI la yang jadi tumpangannya.. Bila ingat balik masamasa tu, ngeri pun ada. kalau sekarang disuruh berjalan dri PUO ke rumah.. Ohh Tidaaak!!! sebab apa, sekarang ni dah naik lemak..he..he..


DAY 4733 yang dimodified di alam maya..

ADUI ! KERETAKU TERCALAR...


Gara-gara malas nak pusing kereta, aku membuat cubaan berani untk masukkan jugak kereta ke dalam pagar dengan cara lain dari biasa... terlampau tengok pagar dengan sisi kereta, aku lupa yang penyangkut pagar kat luar tu.. Kereta ni pun satu, kalau belakang nak kena apa2 pandai pulak dia bunyi. ni kena tepi dia diam je.. tup2 bila turun, aku tengok tiang tu dah pun bengkok, tepi pintu belakang kereta dah tergores (ala-ala gores dan menang).. so, aku ambik je cecair pengilat cermin, sapukan pada tempat tu sambil berkata "kesian kereta". aku sapu dengan lemah lembut yang memang dah sebati dengan diriku ini.AKHIRNYA, kesan calar tu tak nampak lagi. tapi kalau tilik betul2 memang nampak ar..
Lepas ni, aku insaf la..tak mo buat lagi.. SAYANG BAHSONA.. kata adikku bernama SI TA'AH..

CIK TI MAKAN HATI

Sebelum tu kita gelak dulu..kui..kui..kui..he..he..he..
Tulah Cik Ti, kan dah ajar dolu-dolu.. kalau nak, minta ijin dulu dong..
Begitu tegar kamu ya...
Kesian kawanku, dah la lapar, bersemangat dia nak masak (bukan apapun goreng je..) tengok2 dah jadik rezeki makhluk lain.
kepada kawan ku itu, banyak2 la bersabar, redha la dengan apa yang berlaku..he..he..
Nak buat macammana dah tak tertulis rezeki untuk makan hati semalam..
Lagi satu yang penting sebab, hang tak plan pun nak hantar sikit kat orang di umah 193..
Tapi takpe, semalam orang umah 193 pun makan dengan berselera juga.. Nasi putih + telur masin + kerabu tuna..
Petang ni, saya bagi kat orang umah 187..
Kalau orang tu terbaca ni, minta bawak balik bekas isi murtabak mini semalam yek.. kawe nak isi benda lain pulak..




ni ler ruper Cik Ti yang dah di make up...

Tuesday, July 14, 2009

AkU JadiK AuntY ZatuL...



Bestnyer kak mah (Siti Hasmah) dah bersalin pagi kemarin (Isnin; 13 Julai 2009; jam 8.30 pagi) dia dapat baby boy.. saya tumpang gembira kak mah.. sekarang ni, duk tunggu orang nak bersalin je lah.. diri sendiri tak tau lagi biler...insya Allah ada rezeki tak ke mana.. tak gitu miss astalavista.. banyak2la berdoa...amiiin... yang aku tau, kak natrah, kakak miss astalavista duk tunggu hari dah.. aisyah n fairuz sedang menghitung hari coz bulan 10 ni...

Kak Mah cerita detik2 mencemaskan.. dia kena vakum dulu coz dia ada masalah jantung.. n kena kuarantin 6 jam...dia kata tu la detik mencemaskan dia.. kalau nak tau lagi telefonla dia sendiri...

MUZAKARAH CENDEKIAWAN ISLAM 2009

Selasa;8.15 pagi.
Aku, Fairuz n Kak Banu berjalan beriringan ke Dewan Sri Kinta untuk menunggu bas yang akan bawa kami ke Dewan Bankuet, Bangunan Perak D.Ridzuan atau dengan famousnya SUK... hampir 20 orang yang mewakili PUO ke mjlis tu, tapi yang menakjubkan, hanya kami bertiga sahaja yang perempuannya... tapi mujurla ada wakil dari pelajar Kamsis yang ikut sekali...

Bas meluncur laju tapi masih dalam kadar kelajuan yang dibenarkanla menuju ke sana. sesampai je kitorang terus jalan n masuk dewan n dapatla paper beg sorang satu..dalamnya ada benda2 tersebut :
  • Buku Aturcara yang cantik sekali siap dengan biodata pembentangnya.
  • Buku IRSHAD HUKUM tentang persoalan semasa
  • Hukum Menyerupai/merayakan perayaan Orang Kafir (Haram la, wish pun tak boleh tau)
  • Wanita (Islam dan Kecantikan)
  • Hijrah dari sifat-sifat buruk (Himpunan hadis yg sesuai utk diberi tazkirah)

Seusha habis perasmian, kami dijemput ke dewan makan. MALANG NASIBKU... asalnya kitorang chop tempat guna paper beg kitorang la.. tup2 kitorang makan tempat lain bcoz tempt yang dichop tu orang duk lalu lalang..jd ingat nak ambik paper beg tu lepas makan la.. seusai makan nak g ambik, tiba2 seorang pakcik yang tak diketahui namanya ambik paper beg aku.. takkan aku nak g rebut.. nak minta pun tak tergamak pulak sebab rasanya dia tu orang bosar2.. so say gud bye jelah.. TAPI MUJURLAH... suami fairuz dapat 2 beg, so, fairuz menggunakan kecanggihan handset dia cal suami dia minta yang dia punya tu.. so, I get it! Yeah! Tq so so much kat fairuz n suaminya...

kul 11.15 lebih kurang..

kitorang masuk balik dlm dewan tu utk mendengar pembentang kertas kerja 1.. tajuk dia "ISLAM &MELAYU ; PERLUKAH KEBERSAMAAN???' memang power tajuk dia.

Kul 12.30 tghari

Kitorang dijemput dengan segala hormat lagi ke dewan makan.. MAKAN LAGI.. utk memastikan Pisang tak berbuah 2 kali, paper beg tu kitorang pegang sentiasa. manalah tau kan... lepas makan, kul 1.30 bas pun datang ambil... so kiorang balik ke PUO dengan minda yang hampir nak capai tahap kelas pertama, perut pun kenyang..just fikir nak semayang zohor je... Alhamdulillah...

Monday, July 13, 2009

LAPAR WEH...

Dah abis jenis lagu dah do berkeroncong dalam perut ni.. last2 kuar lagu nasyid bertajuk " setia seorang Isteri"nyanyian wildan..yang bukan dari perut la..tapi dari penyanyi yang tak terkenal kat bilik WAJA ni..
Terbayang my puding roti dalam peti ais, my bubur jagung, my tomyam yang tak sempat nak dihabiskan, becoz seekor makhluk Allah bernama LALAT meninggal dunia di dalamnya..aku tak sempat nak selamatkan.becoz tengok2 dah mati maa..so saki baki tomyam tu terpaksala dibuang..
Tapi yang paling sedap semalam ikan kering dari sabah tu la.. ranggup sampai ke tulang. tak ada pun saki baki yang tinggal..Mujurla mybest pren tinggalkan skit.. kalau tak, aku kena goreng lagila...nampaknya dia memang memahami..thanx U.. bukan apa, kalau semata nak goreng sekor ikan kering ni, aku rasa dapur pun gelak kat aku...malu la...tapi small matterla..nanti jemput2 datang lagi ye.. nanti kita buat puding yogurt, kek pisang kegemaran U, n Pizza...

KURSUS IN-HOUSE

Pagi-pagi lagi dah kena g kursus..kursusnya bernama Pendedahan kepada Harta Intelek.. Penceramahnya dari JKM.. baru aku faham dengan lebih detail lagi perkaitan harta intelek n fungsi MyIPO.. dulu, masa buat esei tu, main layan je... sampai kak yah yang jd penyemak pun tak berapa nak faham.. tapi at least dapat gak la hadiah.. so kepada kengkawan, korang buat la esei, pandai tak pandai lain cerita.. ada rezeki menang.. tak menang usaha lagi.. mana tau kot-kot pertandingan tu kita sorang je yang masuk.konfem menang.. macam pertandingan Pengguna tu, minta2 la just 2 orang je yang join.. tak dapat no 1,no.2..tak gitu miss astalavista???



Rasanya cikgu Izamani (cikgu BM masa kat SRK Kamil2) dulu pun bangga ngan aku..(Ayat orang perasan sikit-sikit) CIKGU, SAYA DAH PANDAI BUAT KARANGAN!!!! sepanjang aku duk buat esei tu, aku tringat sangat kat cikgu Izamani ni. Dia garang tapi baik dan rajin. Tulisan dia cantik sangat n kemas. Kapur tulis tu sekejap habis bcoz cikgu tulis tekan-tekan bagi memastikan tulisannya jelas n mudah dibaca oleh anak didiknya.. sekarang ni aku tak tau cikgu kat mana... nanti aku minta mr google carikan...

Friday, July 10, 2009

JoM Kiter BaCer Buku..

O.P.A.C...



Kursus OPAC untuk pensyarah JPA... Tapi ramai yang tau, just utk tambh ilmu lagi...
Tiba-tiba teringat kat kwan OPAC kat UM dolu-dolu... bekas bakal ......

Thursday, July 9, 2009

Ecah...

ECah....
Ni adik yang aku paling berjurus tapi kelemahan dia... terlampau banyak tanya n PeNaKut...
Aku ni kiranya dia punya ikon la.. nak jadik macam aku... Kakak doakan semoga aisyah jadi lebih baik dari kakak...success di dunia n akhirat..amiiinnn... ainul kata dia dah nampak keayuannya..biasala nul... ikut jejak langkah kakanda dia laaa... He..he...ha..ha....



zatul : Kalau kita tak puji diri sendiri, siapa lagi...

Wednesday, July 8, 2009

Nurse Terjun...

Malam tadi terjadi satu kisah yang menyayat hati bila kawanku Miss Astalavista jatuh sakit...
Yang terharunya.. dia sms aku minta tolong p umah dia.. akupun dengan berdebar2 terus menuju ke rumahnya sampaikan tertinggal kunci umah kat pintu pagar.. Mujurlah teringat lepas tu... sesampai je, kulihat dia tengah menggeletar berselimut Hijau.... so, ku gunakan kepandaianku memicit-micitnya..n bawk dia g klinik Taqwa..
dipendek cerita, malam tadi aku tido kat umah dia sebelah dia, dengan harapan, penyakit tu dapat pindah sikit kat aku, so aku ada alasan nak pujuk cik abang aku balik...he..he..(jangan marah ek kalau terbaca...sape suruh highlight!) tapi apapun, alhamdulillah, tak berjangkit lagi.. he..he..n nauzubillah....tak baik minta penyakit. dengar nasihat tu...mesti korang terharu-biru bila korang baca ni kan..kan..

Impian Kecik-Kecik...



24 tahun aku menunggu utk beli mainan ni.. ingatkan aku sorang je, rupenya ade lagi yang seimpian denganku.. namanya Miss Astalavista..


Alkisahnya, once upon a time, kitorang p pasar malam kat Ipoh Jaya,tapi masa tu x malam lagila... tengah jalan-jalan jamu mata tiba2 mata kami sama-sama terpandang objek tersebut.. selidah kami tersebut.." Eh! lama dah cari benda ni..."( lebih kurang gini la dialognya).. jd, selepas tawar menawar dapatla harga RM30.. kitorang pun beli sorang satu n bawak balik umah.. masa tu zaman motor.. Terkejut si Buenavista bila nampak kitorang duk memasang benda ni... Tapi memandangkan bunyinya yang teramat2 la kuat, kitorang malu nak pasang selalu.. seronok tengok si anak Pingu ni duk melompat n menggelongsor... rasa macam nak join sekali..he..he..



Yang ni lak impian masa kecik jugak tapi tunggu bila besar baru leh plan...sekarang la.. Teringin nak g sana....

Penulis Cilik...

Ni penulisan pertama 'ah'..

Dia bukan ingat A,B,C pun, tapi dia ingat bentuk huruf je.. mula-mula ABAH, AH, UMI, KAK dan seterusnya.. lepas ni nak ajar dia alif, ba, ta pulak.. nampaknya dia ni hampir nak ikut jejak langkah kakak dia.. lepas ni aku leh minta dia buat karangan bertajuk " Kakakku Sayang"... dia nak ke tak nak, kena paksa jugak...

Tuesday, July 7, 2009

Flip-Flap..


sama tapi tak serupa..

Miss Astalavista...

Aku ada seorang kawan..
nama gelarannya Miss Astalavista..
aku pun tak tau dia datang dari mana..
tiba-tiba je nak muncul..

Ari ni dia buat cucur cempedak goreng..
best giler, sampai habis orang kat ofis berebut2..
tapi sayang.. skit je..coz dia just bawak tu utk aku..
so..tq daun keladi, nanti buat lagi...

Friday, July 3, 2009

Rindunyeer....

AkU LaHiR TaHuN 80 An…..
sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...
tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force,
He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk,
WoodyWoodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...
hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan.
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
Buku dalam beg punyelah banyak dan memberatkan.
Malas tengok jadual..last2 kita bawak buku yang same
Dari hari Ahad sapailah hari khamis.. sekolah aku laa...
Perhimpunan pagi2 kita suke duk paling belakang
bagiBudak2 yang nakal lah sbb leh borak2 heheheheee..
Mase perhimpunan lak,mesti ade “Kelas yang terbersih padaMinggu lepas adalah…….”
Dan “Kelas terkotor pada minggu Lepas adalah.....”
..huh!!sepanjang minggu kita menjagaKebersihan kelas..bagi yang rajinlah kan???
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn listdentist appointment.
pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.
ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt... program minum susu di sekolah.
nak galakkan budak2 time tuh minum susu..
sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembarispanjang warna kuning tu.
pukul tapak tangan... kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek katkantin.t
ime skolah menengah, korang sure beli kasutskolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yangsuka kasut high-cut yang buatan china tu...
adayang suka stoking tebal laaa...
mase petang2 suke jalan2 naik basikal..
x pon modifybeskal..sepit udanglah..spoket matilah..
paling bestkalu ade basikal GT…huh!!!anak orang kaya beb!!!
internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.
tiket wayangpun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,Kum Kum,
UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yangada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni,'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, mainMonopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat.
tinggal kankeje skolah, jom kita pegi makan.
budak2 yg dptRancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time PendidikanJasmani, PJ.
main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban,penutup botol,
batang aiskrim, 'Pepsi Colaone-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan,kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.
hmmm..nipun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
Jom kite check kite ni dah tua ke ?
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,dan korg sure tersenyum
2. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik mainkomputer, selamba je
3. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolahmenengah guna handphone
4. kita dah tak byk sembang2 dgn member melaluitelefon lagi setiap hari
5. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,seronok bile bersembang pasal cerite2 lame,
cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu timekecik2, nakal2 dulu...
6. last skali, bile dah bace ni, korang akanteringat member2 lame korg....
rindunyeer
Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Penantian satu penyeksaan..



Sabar jelah......

Thursday, July 2, 2009

Wednesday, July 1, 2009

DBD4499

Harta paling bernilai coz paling mahal pernah aku miliki.. 9 tahun maa baru setel... tapi tak sempat-sempat lagi nak posing dengannya.. Ah yang dapat dulu.. takpe, dikau sentiasa dihati...

Rejab Bulan Allah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin