Tuesday, April 20, 2010

seronok...


Adik Alisya dah membesar..tapi tak leh lawan Madiha.. seronok bila dapat pegang budak.. tengah2 mengantuk, bila dengar Alisya datang, terus bangun dan dukung dia.. bawak jalan-jalan..

Thursday, April 15, 2010

huh!


I'm VERY-VERY-VERY SAD

Sunday, April 11, 2010

141 jatuhan pin...

Bila diingat kelakar pulak.. Usia lebih 27 tahun, baru dapat peluang main bowling.. sebelum nie duk tengok dalam tV je..tak pun, kadang2 main dalam komputer..

TQ kepada adik2 PSSI coz memberi peluang utk merasa memegang bola bowling..

Sentiasa ingat pesanan seseorang " kurangkan masuk longkang, jangan malukan suami".. Walaupun sentiasa masuk longkang, tapi ada jugakla pin yang dijatuhkan..141.. 3 kali strike.. ok wat...


zaTul: Pin ibarat target yang nak dicapai dalam hidup.. Cuba utk capai sebaik mungkin...

Tuesday, April 6, 2010

TART TELUR RINGKAS


Kepada kawan2 yang berminat nak cuba buat tart telur yang tersangat2 ringkas, ni bahan2 dan cara yang saya dah cuba buat..

Tart

125g butter
63g gula halus
1 biji telur kuning
250g tepung
1 sudu air
setengah sudu teh esen

1.Campur buter+gulahalus+esen = pukul dgn senduk sampai sebati
2.Masukkan telur kuning +air
3.Masukkan tepung gandum = gaul dengan tangan
4. Masukkan dalam acuan pastri
5. Bakar 180c (20 min)

Filling (Krim)
2 cawan susu segar
120g gula pasir
3 biji telur
setengah sudu teh esen
2 SB tepung jagung+1SB tepung gandum=bancuh dgn sedikit air
1 sudu marjerin.

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil atas api kecil..kacau sampai dia pekat..
2. tunggu sejuk

Pesanan:

1. lepas bakar tart, dia menggelembung naik..so kena rajin2 diri tekan bahagian dalam utk diisi krim nanti..AWAS..PANAS..

2. Sekiranya terbeli susu yang basi, boleh guna susu cair..no problem..(ni atas dasar pengalaman saya huhu..)

3. Lepas isi cream dalam tart, bakar lagi dalam 10 min..bila dah sejuk boleh la makan...

4. Better kalau dapat guna acuan pastri yang kecik2 comei2 yg duk jual kat kedai.. tapi saya tak mampu nak beli, so saya guna kertas cupcake dengan alat ceduk aiskrim yang separuh bulat.. ok je..cuma kureng lawa sikit je ( dalam 90 %)...

5. Hias ikut suka hati..saya letak jem dan buah kiwi atas cream ..rasa masam2 manis..SEDAAPP....tapi kena ingatla..kurang gula dalam cream tadi sebab dikhuatiri takut dapat penyakit diabetes. pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia..


Zatul: Seminggu ni duk sarapan pagi dgn tart telur je.. kenyang sampai jam 11 pagi..

Friday, April 2, 2010

In Spite Of...

BESAR PERBEZAAN NILAI " KALAULAH" DENGAN "WALAUPUN"..

Cara memandang adalah batu asas bagi setiap manusia membuka langkah menerokai dunia yang kian berubah..

Fikir-fikirkan....

"Kalaulah aku..."
"Walaupun aku...."

Thursday, April 1, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT ABAH


53 tahun dahulu, lahir seorang insan ke dunia fana untuk menjalankan amanahnya sebagai seorang hamba dan khalifahNya di muka bumi...(nak tau lanjut buka buku kursus Pendidikan Islam dan Tamadun Islam)

Perjalanan hidup yang kukira dah cukup matang mesti banyk mengajar abah erti dan makna hidup.. keletah anak-anak sewaktu kecil dan ragam sewaktu besar ditangani dengan sabar... Tup-tup dah dapat 2 menantu... dalam persediaan menunggu pangkat menjadi D.A.T.U.K yang insya Allah akan berkunjung tiba apabila rezeki dilimpahkan NYA...

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT ABAH KE-53.. SEMOGA SENANTIASA DALAM RAHMAT DAN REDHA ILAHI... TQ VERY-VERY-VERY MUCH... SEMOGA SENTIASA DALAM KEBAHAGIAAN BERSAMA UMMI TERSAYANG...amiiiinnn...



RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin