KATA-KATA ITU SEBENARNYA TIDAK MEMPUNYAI MAKNA UNTUK MENJELASKAN PERASAAN. MANUSIA BOLEH MEMBENTUK SERIBU KATA-KATA, SERIBU BAHASA, TAPI KATA-KATA BUKAN BUKTI UNGGULNYA PERASAAN.
Friday, August 28, 2009
RAMAdHAN KE-7
"ALLAH, on this day, help me with its fasts and prayers, and keep me away from mistakes and sins of the day, grant me that I remember You continuously through the day, by Your assistance, O the Guide of those who stray."
Malam ni balik kg...syoknyer... jumpa kuarga....
ZatuL: SEMOGA SELAMAT N LANCAR URUSAN DALAM PERJALANAN.. AMIIN...
TakSub SekeJap...
Camner leh buat? Kisahnya berlaku apabila gelang mutiara yang my husband beli kat Faqihah pakai terputus.. so, aku pun beli la tali tasi utk baikinya.. so, dari situlah idea nak buat bebenda gini muncul...
Cubaan ke-2
Masa ke kedai tu utk beli batu krystal tiruan(heheh), kakak kedai tu ajar pulak buat cara lain..
so, balik tu, pulun la buat yang terbaru.. keinginan awalnya, nak buat ikut warna baju yang ada.. tapi, lama-lama keinginan tu dah semakin pudar ditelan kesibukan keje-keje kat ofis...
Gelang ni, aku hadiah kat ummi,adik-adik, kawan.. so ni jelah yang tinggal sekarang..
Sekarang aku tengok jelah lebihan tali, manik yang ada..dah tak lalu nak buat daaa....
Thursday, August 27, 2009
RaMaDhan kE 6
Hari ni, dia dah menyediakan juadah berbuka kitorang..yang teristimewa ialah sup tulang Kg Gajah, sardin masak setiawan n sardin gulung Lekir n ...yang lain-lain dah memang disediakan oleh tuan umah n kawan tuan umah.. so atas permintaan ramai, aku 'expose' kan juadah tersebut..
Juadah berbuka...
So, semua ni utk dimakan seramai 3 orang...Habis ke??? Oh Tidak... ia akan disambung makan utk esok hari pulak rasanya...kalau tak basi...
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
HEPI BIRTHDA UMI..
Engkaulah Ratu hatiku..
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu...
Ibu..Ibu.. Engkaulah Ratu hatiku...
Semalam birthday ummi..
Dalam kesibukan keje kat ofis, aku hampir terlupa..
sebagai ganti sebab terlewat wish..aku dah janji nak buat something special bila balik nanti..
Aku tak bagi ummi buat apa-apa kenduri kendura sekarang, tunggulah aku nanti..
ReLaXMinDa : KAK DOAKAN SEMOGA UMMI SENANTIASA SIHAT, DIPANJANG USIA, DILIMPAHI REZEKI N BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT..AMIIN...
HAPPY GO LUCKY..
Itulah jadual hari Khamis.. 4 kelas, pagi, tengahari n petang.. mujur tak ada malam..
Tapi mujur, kelas yang hari memang best.. hasil gabungan ustazahnya bersama-sama pelajar-pelajar yang ceria, happy go lucky n bijak2... maklumla..ANAK-ANAK DUMEX...bukan ANAK-ANAK RIBENA..sebab RIBENA kan dah ada ura-ura yang kata RIBENA is LIKE ARAK...
Jadi, bila mood ke kelas ok, semua akan ok.. letih hilang, yang lapar jadi kenyang, yang mengantuk terjaga dan macam-macam..tambah-tambah cuaca hari ni mendung je..
Dalam keriangan itu, aku terlupa tugas mingguan, hantar laporan mingguan kat Peg. Perhub. PUO...hu..hu.. petang baru antar.. sowiy ek...
Dalam memikior juadah yang akan disediakan oleh Miss Astalavista (dah lama tak kusebut nama ni..) petang ni, baru ku teringat ada sesuatu dalam peti ais yang belum dimasak lagi.. bukan tak mau msak, tapi masa tak sesuai.. sebab kitorang ni, perut orang melayu..bukan setakat melayu, orang kampung lagi.. so, kalau berbuka, tak ada nasik..rasa macam tak sah berbuka tu heheh...tak puas walaupun kenyang.. nak masak pun konfrem tak termakan...kenyang maa.. yelah lepas berbuka semayang maghrib,sambung ke isyak n terawih.. tup-tup dah jam 10 malam.. nak makan malam-malam?? SORRY BEB! gue nak jaga badan nuuuu...
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
Wednesday, August 26, 2009
BaTaLkah Puasa???
Kelas hari ni, ada bertanya,
Pelajar :" Ustazah, betulkah kalau tersentuh dengan bukan mahram boleh batal puasa??
Ustazah :taklah..."
Pelajar : tapi ada yang cakap macam tuu?
ustazah : Ok, Hafzan. cuba ingat balik apa perkara yang membatalkan puasa..
pelajar : makan minum dengan sengaja..(dengan yakin dia jawab)
ustazah.: pernah belajar ke dulu-dulu masa zaman sekolah, kalau tersentuh dengan bukan mahram batal puasa..
Pelajar: pernah..
Ustazah : (sape la ajar dia ni...)(dalam hati )... Ok, ibaratnya macam ni, kamu p bazar pada jam 7 malam.. dalam beberapa minit lagi dah nak berbuka.. tiba-tiba, tangan kamu tersentuh tangan makcik yang jual nasi kerabu masa nak bayar duit.. (aku bagi contoh nasi kerabu sebab i like it!).apa yang kamu rasa...
Pelajar : Eii..sayangnya...
Ustazah : Allah takkan menyusahkan hambaNya.. kalau betullah terbatal puasa, maknanya jangan la p bazar..nati tersentuh orang, batal puasa...
Mujur dia tanya... kalau tak, sampai tualah dia berpegang pada kata-kata tu...
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
KiSaH RaMadHan Ke-5
Hari ni, kelas satu je.. tu pun kul 8-9 pagi saja.. semester ni, hari Rabu paling aku suka sebab, just 1 kelas saja n kelas pelajar Sem 1.. ngajar budak sem 1 ni seronok.. dan yang paling best sebab tak kena ngajar Tamadun Islam. bukan tak suka tapi tak cukup bersedia rasanya..Jadi sejarah la kiranya, sem ni tak ngajar Tamadun..sebelum ni, sampai 2-3 kelas.. yang tak pernah terlepas lagi, ialah ngajar Pendidikan Moral... selalu kena ajar..sama jugak, bukan tak suka tapi kurang bersedia.. lagi-lagi bab 1 (Sem2)..
Petang pulak ada meeting Program Ihya' Ramadan.. Tengahahri, nak p jumpa pak Haji..tapi tak tersinggah jumpa dia sebaliknya terpegi ke kedai bunga jumpa "mek bunga".. semenjak dua ni, dah jadi hantu bunga..takpe, bunga kan cantik... dapat juga tangkap 2 gubahan bunga.. Kakak yang jual kat situ pun tegur aku, "hari ni nak cari bunga warna apa lak" aku senyum jelah.. sebab tak plan pun nak beli bunga..tapi last-last tertangkap jugak..
kak Rus pun jadi gian nak memasak kat umah aku.. dia tanya hari ni aku nak masak apa.. aku kata tak tau lagi, nak tengok kat pasar apa yang boleh di beli n selera utk ditelan.. mgkin nak bakar ikan kot..kak rus ofer nak masak Sarwa Labu..(Pengat labu kot), aku 'on' je.. so, balik ofis tu, kitorang terus p pasar.. kak Rus tanya dengan nada berkias " zatul nak makan ayam goreng tak" aku faham maksudnya... aku pun belilah ayam separuh.. elok je nak bayar ayam tu, kak rus tanya lagi, " zatul makan tak sup tulang?" aku jawab, "makan je, kenapa kak rus nak? kalau nak jom kita beli n buat makan buka puasa utk hari esok, nak?" kak Rus kata "JOM" kak Rus ni, memang penuh berbudi bahasa berkias.. dia nak makan, tapi tanya orang pulak.. Mujurla aku jenis cepat faham..heheh...
Jam dah pukul 6 petang, so, kalutlah kat dapur 2 insan yg sedang menyedia juadah berbuka.. berselisih bahu, berebut papan pengiris, berebut senduk.. masing-masing nak siapkan resepi tersendiri.. aku punya simple jelah.. just menunaikan impian kak rus nak makan ayam goreng + bawang besar.. kak Rus sibuk ngan sayur goreng n sarwa labu dia...
Tinnng! siap! so kitorang menyantap hidangan yang memang hasil tangan kitorang.. satu ayam goreng versi Kelantan, dan Sarwa Labu versi Kedah..yang lain dah memang sedia ada.. Bilis goreng tauhu, kurma, pizza, n sambal (mertua bagi).. eloklah kita pakat-pakat buat...Alhamdulillah..
Semasa makan, kak rus tanya lagi, "esok kita nak buat sup daging kan, nanti kena beli daun sup..tadi terlupa.". Takpe kak rus, nanti saya cari kat kedai PakCik AJ (my favourite kedai runcit)..dah lama tak jumpa dia, tak wish pun lagi selamat berpuasa..
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
Tuesday, August 25, 2009
Hari Ke-4...
Pantai Pasir Bogak, destinasi dirancang...
Petang ni, kalau tak ada aral, ada somebody nak jadi chef kat dapur aku.. tak taula dia nak buat apa.semalam nampak dia beli sotong.. elok la tu.. aku masak udang yang separuh galah, dia masak sotong entahapakebendatah.. so, malam ni ala-ala seafood la lauknya.. Kak rus masak sedap-sedap tau! nanti leh buka satu gerai kat Bazar Rapat Setia...nanti saya tolong buat promosi...kekeh....
ZaTul: tak sabar-sabar tunggu hari ke-25 ni...
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
Monday, August 24, 2009
Kisah Hari Ke-3..
Hari mula-mula masuk kelas utk Ramadan 1430H.. alhamdulillah la kelas hari ni, mula waktu pagi n sampai tengahri je.. so, energy masih on.. elok lagila.. tapi dekat2 detik 1.30 tu, dah nampakla muka sorg2 ni monyok dah..yelah sebelum ni, abis kelas berderu-deru ke kantin yg duk sebelah tu.. sebelum ni, time tenghari lah, segala macam aroma bau masakan duk terawang2 dalam kelas ST 1 tu.. memang menggoda budak2 kelas.. sebelum ni, ada je, "ustazah, bau ayam goreng lah" macam ayam goreng tu duk memanggil depa..berhantu sungguh ayam tu..
Tapi sekarang ni, puasa, jadi tak ada lah bau apa2 yang memang mengganggu proses P&P aku n mereka...suasana pun sunyi je..sebelum ni, memang riuh masa tu.. sebab duk sebelah kantin...
Sorang budak kat kelas ni, muka sebijik mcm pelakon cerita bio-nik.. tapi budak ni lagi smart la.. budak pun baik, berjurus, suka bertanya..i like it!... so utk tadarus pun, aku dah tarik dia join...
Sorang lagi, aku jumpa masa p bazar hari pertama puasa.. rupenye die tolong jiran dia jual-jual kat bazar. ..so, jumpa kat kelas hari ni aku bagitau la penambahbaikan utk air jambu hijau + asam boi yang dia jual.. aku kata "kalau asam boi tu ditambah lagi lagi sedap..sebab yg ustazah beli hari tu kurang rasa asam boi..pastu, letakla sebijik 2 asam boi dalam plastik air tu...lagi sedap.." budak ni,kata "ok,nanti dia buat.." pastu dia bagitau satu rahsia... "kalau ustazah pegi dekat-dekat waktu nak berbuka, lagi murah n kadang-kadang dapat free.." aku kata.."kalau umah dekat takpe la,kalau tak ustazah kena berbuka kat gerai kamu la jawabnya.."..dia tersengih-sengih..
sebelum keluar kelas, sempat lagi " nanti petang ni, ustazah datang la" aku senyum je...
ZatuL: Aku tak berani mita budak tu bagi free.. sebab kedai tu bukan dia yang punya tapi AHMAD ALBAB yang punya...he..he..kang dia bagi tiap2 kali jumpa..naya jiran dia...
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
Sunday, August 23, 2009
NAK TENGOK ESOK..
Kalau nak pakai sangat boleh... tapi pakai dulu tudung lain yang leh tutup aurat seperti dada n tidak menampakkan leher, pastu lilitlah macammana pun...
Pengalas meja rumah aku... ni dihadiahkan oleh ex-student tahun lepas sebab dia terpakai depan aku..so aku minta dia bagi kat aku semua selendang yg dia ada..tapi dia kata ada satu ni je.. so takpelah.. asalnya nak buat jadi kain basuh pinggan tapi dia suh buat alas meja..tau pun malu..
ni pulak, aku beli sendiri tahun lepas, bukan niat nak pakai tapi nak buat alas tV.. tapi last2 aku buat alas oven
UsTaZah ZatuL: Ustazah sayang kat korang, tu yang ustazah buat camtu..kalau tak korang tak ikut dan terbawa-bawa nanti..
HARI KEDUA....
Tengah jalan2 nampak kerang..murah la sekilo lebih kurang RM1...aku beli RM0.66..(setengah kilo) plan nak rebus je..pastu makan ngan pencicah..
Pastu teringat sardin ada.. jadi malam ni buka puasa ngan berlauk sardin la..KEMBALI KE ZAMAN POKAI... tapi memang tengah pokai sekarang ni..esok baru kaya raya... tak larat dah nak p bazar...
Jelly pun dah dimodified..tak taula apa rasa pulak..(masa ni, tak berbuka lagi)
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
Saturday, August 22, 2009
HARI PERTAMA
Fikir-fikir, aku pun buatla PIZZA, tengok dlm fridge semua bahan asas memang dah ada.. so, bermula kul 2.30 petang lagi aku dah mula kong kang kat dapur..entah camner, plan nak buat dalam 1 loyang tapi terjadi 2 loyang..konfem cukup seminggu..nanti leh bagi kat jiran2 sikit..
sambil-sambil tu, tengok ada daging, terbayang kalau goreng daging ni pun sedap jugak..letak bawang, cili, kicap segala jenis sos lagilah sedap .. jadi misi pun berjalan..
Intai-intai lagi, jumpa sayur yang dah nak layu... so, buat sayur air + ikan bilis...SIAP...
Masa nak ambil bawang, nampak gelatin yg dibeli kat KOHALAL yang Insya Allah HALAL.. terlintas nak buat jelly..(BIAR BETUL AKU NI...) Apapun cubaan dilakukan...
Kul 5.30,kak rus ajak p bazar.. so pergi dalam hati dah berniat tak mau beli apa-apa..TAPI, aku tergoda ngan agar-agar pandan.. so habis RM2....
Bila Pak Bilal menjalankan tugas dia mengalunkan azan, aku n kak rus mula menyantap makanan yang ada dengan perlahan2 sebab makanan penuh meja...(PENUH BUKAN SEBAB BANYAKNYA MAKANAN TAPI SEBAB MEJA TU KECIK)
So, yang lain OK rasanya cukup rasa terutama PIZZA.. 2 loyang tu.. kalau tak jadi, maknanya buangla...sayur air pulak sedikit tawar,takpe,leh tambah garam on the spot.. jelly kurang sedap sebab kurang berperisa sikit.. so esok plan ngan kak rus nak g GIANT beli ais cream atau nata de coco..
So, lebihan yang ada akan disimpan dalam peti utk juadah esok pulak InsyaAllah Panjang Umur...
Kena amalkan amalan berjimat cermat...
ZaTuL: gambar makanan tak boleh di pamerkan takut korang baca entry ni masa sebelum berbuka..n nanti korang terliur.. tak pasal2 kurus puasa
ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...
Friday, August 21, 2009
AKU TAK FENIN LAGI...
Alhamdulillah Proposal Kajian Tindakan kumpulan R&D kami hampir siap.. dah menepati apa yang Dr. Josephine nak.. seronoknya... just nak edit n tambah apa yang patut je.. bukan apa.. susah tau nak buat ni..Dr. Jo pun cakap macam tu.. bukan senang la nak buat proposal..
Apapun, terima kasih kepada ahli kumpulan ku terutama Cik Huda (nama sebenar) sebab dialah pencetus idea dan penerang kaedah sebab dia yang pernah buat Kajian Tindakan tu...Juga kepada Kak Fidah, sebab kak fidah lah yang tak jemu2 ajak bincang masa nak siapkan utk dihantar kepada Dr. Jo sebelum ni.. Juga kepada ustaz Azrul dan Kak Asmah atas idea-idea yang diberi...juga kepada diriku sendiri..heheh...
Gambar-gambar hasil 'snapping' masa kursus...
Dr.Jo tengah bincang apa tah ngn Mr.Tan...
sementara tunggu geng yang lain sampai..depa ni menyembang la...
Ni la group aku...masa ni baru lepas sesi yang tahap kritikal..
Us. Hafiz kata "nak ambik gambar royak la dulu..leh posing lebih sket.." takde..takde.. moto saya ,ambik gambar sekali je..heheh..
ZaTul :muafakat membawa berkat...
Miss Gyver VS Mrs Gyver..
IDOLA ADIK...
Kakak : Ah, nanti ah besar nak jadik apa?
Ah : Nak jadi cikgu macam kakak.. (sambil tersengih-sengih)
Kakak : kakak bukan cikgu tapi ustazah...
Ah : Ah pun nak jadi ustazah jugak...
Kakak :Eh, kak bukan ustazah la, tapi jadi doktor..
Ah : Ah nak jadi doktor jugak la..
Kakak : Silapla..kak bukan doktor tapi polis la...
Ah : Ah pun nak jadi polis jugak...
Kakak : Eh!...kak jadi ermmm...... (sambil duk fikir apa lagi keje yang ada kat dunia ni...)
Tiba-tiba Ah terus potong....
Ah : Tak kisahlah kakak jadi apa pun, Ah nak jadi macam kakak...
Timbul loyar buruk dari kepala aku....
Kakak : Kalau gitu, kak nak jadi hantu n orang jahat la...
Ah : Ah pun nak jadi hantu dan orang jahat jugak la...
Kakak : hisk! budak ni...
Tiba-tiba ummi mencelah...
Ummi : Tengok! adik nak jadi macam kakak..so, kak kena buat benda-benda baik la depan adik...
Kakak : adui!!
ZaTuL: Besar n Berat jugak la tanggungjawab jadi kakak sulung ni...sentiasa dalam pemerhatian orang...so,jadilah Kakak yang terbaik untuk adik-adik...
PUASA KE TAK HARI NI??
Tetapi, jodoh perjumpaan itu tak kesampaian.. dalam saat menunggu itu, aku tertidur..zzzz...
Sedar2 dah kul 9 mlm..Frustnyerr... lepas tu, aku solat isyak, iron baju utk kerja esok dan zzzzzzzzz lagi.....
Pagi ni, aku terfikir, kalau puasa tu tiba2 hari ni (JUMAAT) macamne ek.. Tapi memang aku yakinla mula puasa tu hari Sabtu.. bukak TV, betullah puasa akan bermula besok.. alhamdulillah.. kalau tak, dah ada sehari yg aku kena Qadha nanti.. sebab apa? kalau puasa hari ni, aku tak niat pun malam tadi..So, batallah...
ZaTuL: Jangan Lupa Niat Puasa Malam ni..n Selamat Berpuasa kepada Semua.....
BAHAN MENGAJAR
Nota secoet dari usaha yang secoet jugak...
Jadi, bila ada nota ni, nampak la depa pun bersemangat belajar sebab nampak hala tuju pembelajaran dengan jelas-sejelasnya.. sekurang2nya aku pun rasa usaha ku itu dihargai walau buat nota secoet tu...
ZaTul: Usaha tangga Kejayaan
ConToH Yg Tak BaiK...
Tak patut la lectrr tu buat student mcm tu.. budak tu bukan main semangat lagi nak belajar..mgkin sarapan pun tak sempat.. TAPI mungkin jugak la lecturer tu ada masalah besar yg memg tak boleh dielakkan..mcm isteri dia nak bersalin ke, anak demam ke.. kalau atas alasan yg kukuh seumpama tu mgkin student leh faham.. tapi bila budak tu membebel macam tu, mgkin lectrr tu tak bagitau alasan kenapa kelas cancel.. so dia anggap sesajer je dicancel class...
Sebenarnya kes yang dialami oleh budak tu jarang2 berlaku, yang paling banyak berlaku, budak yang tak datang kelas, lecturer dia berjanggut-manggut menunggu.. aku pun pernah, sejam aku tunggu, tapi budak yg dijanji tak muncul2,..hangin satu badan... bila tanya:
- "ustazah, saya tertidor"
- "ustazah, saya terlupa"
- "saya ingatkan tak jadik"
Jawapan-jawapan macam ni memang sengaja buat ustazah naik marah.. mujurlah ustazah ni tak jadi INCREDIBLE HULK kalau tak, habisla korang ni dilenyek-lenyek macam orang nak buat jejemput pisang..
So, pengalaman lepas tu, aku jadikan pengajaran buat student3 yang lain.. kalau korang buat macam yg budak tu buat, siap korang.. ustazah potong markah...
UstazaH : Jadilah guru yang ikhlas mendidik..
Wednesday, August 19, 2009
BUBUR UNTUK ORANG SIHAT..
Tuesday, August 18, 2009
KENA OBSERVE...
Hari ni, bertambah sejarah idupku seorang pendidik@ arkitekbangsa apabila kena observe dek Ustaz Amir.. Kak Wan kata, dia tak sanggup kalau Ustaz Amir yang observe sebab dia malu kat ustaz.. adala alasannya yang tersendiri... Aku pun segan jugak..tapi dah termaktub kat kertas A4 yang Kak Fidah (KK) bagi dulu yang aku ditakdirkan kena observe ngn Ustaz Amir nak buat camner... Wateverpun, dah setel bab observe.. biasala, selagi tak kena duk fikir2..lepas ni tak mau fikir dah..tulah untungnya kena observe awal2 ni... so, terima kasih tak terhingga kepada Ustaz Amir, kawan-kawan yang bagi idea, n special thax U kepada adik-adik kelas DIB 1 coz bagi support moral n kerjasama yang memang aku puas hati sangat..
Sekali fikir, tu baru pemerhatian manusia...tapi pemerhatian Allah camner.. ambik moto (bukan motor ye ) sorang best pren aku " UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARI PANDANGAN MANUSIA"
gambaran situasi masa kena observe..heheh...bezanya ajar agama bukan matematik..so semuanya islamik...
ZatuL : Sayang DIB 1B...
Sunday, August 16, 2009
MANA SI DIA....
Sebelum sesi masak-masak diadakan..aku mulakan hariku dengan KOPI RADIX (peninggalan abah masa datang ipoh dulu2..) n ROTI (peninggalan Cik PFA)... lepas aku kebas roti tu 2 keping, teringat si PERSONA dah 3 minggu tak dimandikan...dah tak mempesona jadiknya.. Jadi aku ambik keputusan nak mandikan kereta dulu...
Jam dah menunjukkan hampir jam 10.30 pagi.. disebabkan dapur ngan ruang tamu tu dekat, tangan menumbuk, mata tengok TV.... heheh.. diringkas cerita, siaplah hasil juadah tengahhari utk di ngapp...
SOTO MAK SITI & SATE ZATUL
Kenapa aku letak nama SOTO MAK SITI?? Sebab guna perencah MAK SITI… tapi ikhlas aku bagitau, kalau guna resepi PUAN SITI (my mummy) lagi best.. saje je cuba..
Kenapa sate tu nama SATE ZATUL?? Sebab memang aku yang buat, walaupun ada jugak intai-intai dalam buku resepi..heheh...
dan yang lebih sedap lagi, kordial sirap tu..maklumla lepas berpenat lelah di dapur, dapat minum air tu, lega rasanya...
Yang ditunggu belum lagi tiba... jadi aku makan dulu nasi impit ngan tom yam(semalam punya daa..) nak buang, nati membazir...
ni la tomyam tu..
ku tunggu lagi..sesekejap aku tengok kat luar...tapi si dia masih belum muncul..
Si PERSONA yang siap dimandikan...
makanan atas meja seolah2 memanggil2 suh makan dia.. jadi, nak ambik hati, aku makan la sikit...nak rasa la, mana tau ada yang terlupa nak masukkan...
cubaan pertama... Mmmm..boleh la...
Cubaan kedua...Mmm..nyummy....
Jam dah hampir kul 5, tapi si dia belum sampei... makanan utk tengahari dah naik taraf jadi makan petang lak... namun ku setia menunggu n menanti sampai dia datang...
ZaTuL: jangan jadi makanan tong sampah udah...
SAVE BUDGET AKU...
Baju Melayu untuk 2 orang adik lelakiku n husband ku...
Mesti korang sangka aku ni tak sabar2 nak raya kan... BUKANLA.. tapi sebab ada kedai kat TASEK tu, buat jualan murah.. RM40.90 sepasang..MANYAK MURAH MAA... ok la kain dia, jahitan dia.. tapi tak tau la seandainya sekali pakai dah koyak rabak, sorry to say lah... lagipun aku kena sponsor pakaian seragam untuk majlis kawin adik perempuan ku nanti...alang menyeluk pekasam..
ZatuL : Puasa dulu baru raya...
Friday, August 14, 2009
JOM KITA P MEMANCING...
lainla ngan PAK RIMAU, kadang2 minta dia bagi slip kosong je..lebih kejam lagi, sampai turn kita, dia kata OUT OF SERVICE.. mana anak cucu tak marah.. so nak p esok ni, kena buat plan betul2, kang ada yang balik menyesal... nak tau apa yang ditangkap???? TUNGGU......................
Relax minda : kena baca doa banyak2 sebelum melangkah keluar dari kereta...
LAYANzzzzz....
Bukan nak tengok sangat cerita tu, tapi dah tak ada cerita best so layanzzzzz....kalau tak aku pun zzzzzzzzzzzzz.... mula tu dia dah bagi hint kata-katanya seperti berikut " kalau saya tengok cerita ni, baikla saya tido.." aku buat2 tak faham jelah.. sebenarnya dia nak tengok cerita lain kot ataupun dia memang nak tido..sebab dia kureng sihat..duk pening-pening,muntah-muntah.. bila aku tanya dah berapa bulan? dia jawab dah 26 tahun...
Tapi yang peliknya,dalam tak mau tengok tu, sempatla dia buat komen 2-3 kerat kat si King Kong n da geng tu...
ni,rasanya kalau dia dah tau aku tulis pasai dia, mgkin dia rasa nak cekik2 aku.. tapi aku tak TAKUT pun.. tapi alang2 hang dah baca sampei sini, teman nak mintak memaaf bebanyak ler... tak kena bayar royaltikan....
Insan Kerdil : semoga miss PFA cepat sembuh...
Wednesday, August 12, 2009
Alhamdulillah..
Firdaus Juara...tahniah..rezeki anak tu...
FENIN..FENIN..
fikir..fikir..fikir..zikir...zikir...
Tuesday, August 11, 2009
MUKA BARU...
DEMAM LAGI...
Sunday, August 9, 2009
2 MINGGU DAA....
Madiha vs Madina
Achik Zatul: Lepas ni, Madiha leh ikut slim macam achik ZatuL..heheh.. tak gitu Mak Usu nyer...
MY WEEKEND..
anak-anak harapan agama, bangsa dan negara
kelihatan seorang doktor tak terlatih dari Jalan Rokam sedang membebel kepada beberapa orang yang degil tak mau pakai penutup..n kelihatan juga seorang sudah mula nak melarikan diri coz panas telinga kot..
baru ku sedar...pendek rupanya aku...
Saturday, August 8, 2009
The Amazing Quran
* Dr Gary Miller - beliau ialah Pakar Math dan Teologi..(ala2 usuluddin). berasal dari kanada dan memeluk Islam pada 1978 selepas dihadiahkan oleh kawannya sebuah Tafsir Quran.. Dia dah buat satu buku tajuknya The Amazing Quran yang menceritakan ketakjuban kandungan Quran..Dr. Daniel kata, buku tu ada diterbitkan kat Penang coz kat sana ramai pelancong asing datang..nanti kalau berpeluang ke penang, nak cuba cari..
*sorang lagi Cats Steven.. yang ramai kenal...sekarang ni lebih dikenali Yusof Islam - dia pun masuk Islam selepas membaca isi kandungan Al-Quran yang dihadiahkan oleh saudaranya... Yusof Islam pernah berkata yang kata2nya ditujukan kepada kita: "kenapa Orang Islam yang lahir dari keluarga Islam (baka) mengagung2kan budaya barat yang mana orang barat sendiri pun sedang meninggalkannya.. diibaratkan sebuah Kapal Barat sedang tenggelam di lautan, semua yang didalamnya melompat keluar utk menyelamatkan diri berenang ke Kapal yang selamat (ISLAM).. tetapi orang yang di kapal selamat terjun, berenang ke arah kapal yang sedang tenggelam.. fikir-fikirkanlah....
fOrMula IT...
Friday, August 7, 2009
REZEKI TAK TERDUGA..
Tapi sayang lupa nak bawak kamera, so tak boleh nak letak gambar anak dia kat sini..
Masa p tu, kitorang bertiga puasa..jadi berbukalah kat rumah achik.. mak achik dah siap2 masak da.. so kitorg menyantap jelah.. rezeki depan mata.. tapi makan dengan sopan santun n ayu jugak laa.. ada rendang ayam kampung, masak kurma, sambal special(menurut makcik la), tempoyak.. best sagt..alhamdulillah..jauh kitorg berbuka..
Wednesday, August 5, 2009
كل عام و انتم بخير
SEMAIKAN BUDAYA MEMBACA..
pastu, abah pulak buat promosi...katanya 3 buah buku ni bagus untuk dibaca.. aku pun ambik la bawak datang Ipoh.. nanti free nak baca.. kat ofis tak dang nak baca.. keje banyak sebulan ni.. biasala nak menyambut birthday PUO...
3 buah buku cadangan dari abah utk dibaca...
Abah ni, kalau bab buku memang dia tak boleh tunggu lama.. kalau kat kedai terutama Jafar Rawas tak jual lagi, dia terus order.. pastu suka menconteng dlam buku.. tapi contengan abah menarik dan menambahkan lagi minat utk membaca sebab tercari2 apa lagi yang abah tulis dalam buku tu...kalau tak caya tanyalah Miss Astalavista..
Pesanan Abah: belilah buku walaupun tak tau bila leh baca..kenapa??? nati habis di pasaran...
Monday, August 3, 2009
RINDU TAK..
Saya cuti 2 hari..balik kg.. memperabiskan buah2 yang ada.. alhamdulillah syukur nikmat.. nati sape2 yang nak buah2 tu, sila bagitau ek.. kalau tak, takut nanti di booking oleh Miss Astalavista n the geng....yang duk luar PUO, kalau nak, sila hantar bersama karung guni atau kotak berserta wang penghantaran..heheh.. kalau yang terlebih rajin, sila kunjungi ke rumah ye..kita makan sama2..yg ni, no-charge dikenakan.... so nantikan kepulangan ku nanti...
Sunday, August 2, 2009
ALHAMDULILLAH
Berakhir sudah kursus selama 4 hari 3 malam kat Port Kelang..
So, antara gambar yang menjadi wajib diambil ialah posing dekat apa2 yang ada nama tempat tu.. supaya lepas ni kalau kena datang lagi ingatla hotel ni.. lepas habis penutup ni, aku dah bayang betapa jauhnya perjalananku... ke komuter Port Kelang --- Komuter Putra ---- Perhentian Putra ---- ke Machang ------ ke Pasir Puteh. tapi mengingat buah-buahan yang sedang menanti.. ku cekal kan hati melangkah..(Ceewah).
On the way nak ke Kelantan, kalau tak silap dekat dengan Kuala Lipis, berlaku satu kemalangan.. hampir 45 minit bas terkandas tak boleh bergerak.. sebab kedua laluan jalan ditutup.. aku tak tau apa yang berlaku kat depan sana.. sempatla aku habis beberapa bab buku Zabrina tu.. mujur gak ada buku..
Kemalangan...
Pesanan : Bawak lah buku ke mana saja anda pergi.. baca tak baca lain kira...