Wednesday, March 24, 2010

27.....



Syukur atas kurniaan usia,
26 tahun masa telah berlalu,
ada suka ada duka, ada bahagia ada lara,
27 yang lalu menggamit memori,
27 tahun yang lalu telah menyempurnakan sepasang suami isteri,
27 tahun lalu memberi gelaran A.B.A.H kepada En Abdullah,
27 tahun lalu menjadi UMMI kepada Pn. Siti Amnah
27 tahun menjadi kakak kepada 5 adik,
Dijaga, dididik, diberi pendidikan akademik dan agama,
Diperkenalkan dengan ajaran Islam yang sebetulnya,
Diberi harapan dan semangat untuk terus maju,

Kini, aku berada di sini, pada tahap ini, walaupun jauh lagi liku perjalanan kehidupan akan ku cuba untuk tempuhi,
untuk menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan akhirat terutamanya...

Kepada insan-insan sekehidupan, mohon kemaafan sekiranya sepanjang 27 tahun ini ada melakukan kesilapan, kesalahan dan apa jua yang terkesan di hati...


zatul :Selamat Hari la HIR, Ingat Hari ak HIR..

Thursday, March 11, 2010

mAc

Berpesonaliti menarik dan menawan - mudah-mudahan (nak perasan sikit)

Mudah didampingi - tak pernah lagi halau orang duk tepek sebelah.

Sangat pemalu dan pemendam rasa - rasa-rasa macam ye je.:)

Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati - kalau tengok cerita sedih tu mengalir jugak ler ayor mata

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran -Ouih!! memang-memang..diakui oleh SIRIM

Suka pada kedamaian - PEACE NO WAR

Sangat peka kepada orang lain - taula sape yang tengah susah n senang

Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain - Patutlah jadik guru

Tidak cepat marah dan sangat amanah - tak juga..kadang naik angin jugak..lagi-lagi kalau orang duk ulang buat salah yang sama..

Tahu membalas dan mengenang budi - hutang budi di bawa mati

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam - tak pakai cermin mata, tu yang jadi serba tak kena...over tajam kot..

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal - terkesan di hati tapi bukan berdendam

Suka berangan-angan - terberangan ader ler...

Suka melancong - time boring suka la..

Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi - memang tak syak lagi..tapi tak pernah lagi duk menangis meraung tengah orang ramai...

Kelam kabut dalam memilih pasangan - dah kawin pun..Insya Allah pilihan yang tepat dunia akhirat...

Suka dengan hiasan rumahtangga - bunga....

punya bakat seni dalam bidang muzik - tak pernah menyanyi dalam bilik ayor..

Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik - mesti doh

Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan- Insya Allah.. asalkan orang tak cari pasal ngan kita..



Monday, March 8, 2010

Kenangan Tersingkap di Larut Malam...


Entah kenapa..keazaman yang membara untuk menyiap kerja walau jam dah melangkau Pukul 1 pagi.. seusai menyiapkan dua minit mesyuarat, teringin untuk merehatkan minda dengan perkara yang yang diminati sementara menunggu kelopak mata memberat...

Tapi tak tahu nak cerita apa..tentang hati, semuanya telah tersirat dalam helaian Mufakkiratul Mukminah yang di beli awal tahun dulu...

Teringat kat adik kecil kat kg yang baru mula menjejak kaki ke sekolah tadika.. betapa seronoknya dia dapat ke sekolah.. satu kebanggaan pada dia apabila waktu pagi masing2 sibuk dengan urusan sendiri termasuk dirinya..sebelum ni, asyik kena tinggal ngan bibik je.. kesian...Lagipun Atiq juga bersekolah.ada unsur cemburu..tapi tak salah cemburu dia coz nak kejar ilmu...dapat sembang apa yg belajar kat sekolah, kongsi cerita dan perihal sekolah masing-masing... budak2 memang tulus hatinya...

Aisyah pun dah darjah 6.. nampak la sedikit kematangan dan ke arah alam remaja... semoga dia berjaya nanti..

Aku??? dengan caraku... Wallahu A'lam.. tapi aku tertarik dengan kata-kata dari buku "Mencari Makna Hidup"**** " Perubahan adalah sesuatu yang sukar dilakukan bagi orang yang biasa hidup secara rutin. Ini bererti dia menurunkan sendiri kualiti hidupnya dengan menangani cabaran hidup dengan selesa dan tidak menyambut perubahan atau cabaran yang akan menangkatnya naik ke tahap lebih tinggi."****

Maknanya kita kena sahut cabaran..bukan setakat menyahut sepertimana ayam menyahut kokokan si ayam lain tetapi menyahut beserta tindakan yang cukup efektif, optimis dan berkesan sejajar dengan hukum Ilahi...

Pesanan untuk diri dan teman-teman.....




Relaxminda : ILMU TANPA AKHLAK IBARAT HIDUP TIADA MAKNA....

Friday, March 5, 2010

DALAM KESIBUKAN

Alhamdulillah...impian yang ditunggu akhirnya berkesudahan dengan cemerlang... PUO dapat anugerah Poli Premier bersma2 2 lagi poli yang lain... hati dirundung kebimbangan memikirkan KPI yang perlu dicapai..Namun terselit rasa syukur...

Minggu ni, 2 program Unit Agama telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya...

1) ceramah maulidur rasul - Ceramah disampaikan oleh ustaz huri, imam masjid pengkalan hulu.. best sangat2...

2) Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat PUO.
Disebalik keberlangsungan majlis ini, tersirat rasa syukur selaku AJK Hadiah..
Apapun tahniah!!!

Tempoh masa untuk bersenang lenang semacam telah lupus...semua sibuk..letih..penat... terpaksa mencuri sedikit masa utk merehatkan minda dari kerja2 pejabat..maka terhasillah entry ini..

RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin