SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHER DAY,
Sebelum 4 tahun yang lalu, aku berada di alam status sebagai pelajar. Masa tu, belum lagi merasai pengalaman sebagai seorang guru, tapi aku tak lupa untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang ada pada masa itu.. dan doa dititipkan dalam setiap kali solat "Ya Allah rahmati dan berkatilah guru-guru aku..." Setiap guru yang ada dalam hidup aku, mempunyai kenangannya dan jasanya yang tersendiri...TERIMA KASIH CIKGU..
Kini, aku sudah memegang status seorang guru atau gelaran yang spesifik USTAZAH.. 3 bulan berada di alam persekolah (praktikal) dan 4 tahun berada di alam politeknik memberi pengalaman yang berbeza-beza.. Di sekolah, guru memang diraikan..tetapi di Politeknik, guru kurang diraikan.. Mungkin pengertian berbeza bagi pelajar..
Suka duka menjadi pengajar ni, kadang-kadang cuba membuat refleksi diri, sewaktu menjadi pelajar.. adakah kita sudah menjadi pelajar sepertimana yg diingini oleh guru kita.. Kalau ada pelajar yang bermasalah, kita cuba ingat balik bagaimana guru kita dulu menanganinya.. Setiap pelajar berbeza... ada yang senang dipujuk, ada yang tak makan saman.. kaedah pun berbeza..lagi dimarah lagi menyakitkan.. ada yang bila kena marah menangis, kita yang turut terasa sedihnya..(sebab diri ini tak pernah kena marah dek cikgu) , bila ada pensyarah lain yang marah kat pelajar, kita terasa kasihan.. kadang-kadang penat jugak nak melayani karenah setiap pelajar.. TETAPI aku tidak pernah merasa menyesal memilih opsyen sebagai pendidik..kerana inilah sumbangan dalam hidupku untuk dibawa hingga ke alam akhirat..
Kepada sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan.. ingatlah !
DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.
Zatul: semoga ditetapkan Iman n bertambah semangat untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya....
No comments:
Post a Comment