Tuesday, December 15, 2009

Mengintai 5S di TNB...

Dah lama golongan lecturer JPA ni tak buat lawatan sambil belajar..huk..huk..
Kelmarin bersamaan dengan 14 Disember 2009, JPA membuat lawatan ke TNB Ulu Kinta untuk melihat bagaimana hasil usaha tenaga kerja kat TNB ni buat OPERASI 5S sehinggakan mereka dapat pengiktirafan 5S yang begitu diidamkan oleh PUO...


Gambar menceritakan segalanya..jadi, pandai-pandaila membuat tafsiran...


Sesi Taklimat

Semua disusun kemas


Gunakan saya..Siapa nak bergambar ngan apa?aku yang berbangga ke bekas sampah yang berbangga?

Sudut 5S

Lampu pun di 'tag'

Tersusun cantik, sejuk mata memandang



Misi aku pun bermula...buat tanda nama utk memastikan meja tidak dicuri...



Zatul said: Apa yang penting???KERJASAMA dan ISTIQAMAH.. jadikan budaya dan amalan kita....











Monday, December 14, 2009

::::>>JALAN-JALAN MENGGAMIT MEMORI<<:::

Hampir 5 tahun dulu aku pernah di sini... bersama segerombolan bas dari UM bersama sir Shabesan yang sedikit tegas..
Kini, bersama suami tersayang, aku kembali lagi.. suasana tidak berubah..masih sama macam 5 tahun yg lalu.. seolah2 terbayang2 kawan2 yang datang bersama, tempat yang kami ambil gambar bersama..oh!kurindui saat itu....
Beberapa tempat tak sempat disinggahi ekoran terlalu ramai manusia yang datang.. tapi ada orang tu janji, nanti nak bawak datang lagi... JANJIII!!!!!
Apapun semuanya STRAWBERRY..gambar,bantal,keychain..

Last dulu datang sini masa tahun 2005/06..masa tu sebab ada kursus PJK..

Masa ni, ada orang tu malu-malu kucing..sebab ramai orang yg baru datang..

dulu aku bergambar kat sini dengan kawan-kawan se PJK

Merendahkan diri yang sememangnya tinggi

Monday, December 7, 2009

FAMILYDAY'S UNIT AGAMA

Alhamdulillah..setelah bertahun-tahun, bersemester-semester dirancang, penyelaras pun tukar berganti, perancangan pun berkali-kali berubah, akhirnya tanggal 6 Disember 2009, Hari Keluarga Unit Agama berjaya diadakan.. jadik, yang ada isteri bawak isteri, yang ada anak bawak anak, yang ada suami bawak suami(kecuali aku n beberapa orang lagi becoz husband i balik kg jenguk bonda n ayahandanya).

Apapun matlamat dan objektif tetap tercapai n tergapai.(mengubahsuai kata-kata sorang pak sedara "isadli tak de pun majlis tetap on")

Makanan yang dihidangkan lebih kepada pot luck n adala yang jadi menu utama iaitu sate n laksa (i like it)..

Alkisah boleh timbul kembali idea Hari Keluarga ni, apabila sorang ustaz yang merajinkan diri utk mengemas biliknya sempena menyahut seruan 5S, terjumpa cucuk lidi yang entah dari zaman bila lagi..so di situlah dia pun me'volunteer' kan dirinya utk mensponsor daging n ayam. ekoran jugak daging korbannya dari kg yang banyak..ALHAMDULILLAH..rezeki..

sepanjang berlangsungnya majlis, semua happy (kot la) n dapat kenal ahli kuarga masing-masing.. masa nilah dapat tengok golongan mak-mak pakat duk try dukung dan jaga anak orang lain..
















pertandingan mewarna



anak-anak duk lawan bola


daging dan ayam yang sedia utk di perap..

Friday, December 4, 2009

DAH SELAMAT

SALAM JUMAAT YANG PENUH KEBERKATAN, DOA DIMAKBULKAN..AMIN..

Terasa begitu lama tidak mencoret lakaran minda di ruangan blog nie.. banyak coretan yang nak dimuatkan tapi lantaran dek kesibukan yang masih menghantui diri terpaksa ditangguhkan dan akhirnya dilupakan..dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan tugas utama yang akan ditunaikan beberapa hari lagi cuma.. lepas tu, kembali kepada kehidupan biasa yang terpaksa dibiasakan..huk..huk..tiba-tiba terbatuk:(

30 November 2009 menjadi sejarah hidup bagi diri angah kerana selamat diijabqabulkan. Selamat menempuhi kehidupan berumahtangga dengan penuh kesabaran n kebahagiaan. Umur kalian masih muda lagi baru berusia 23 tahun. dah jadik suami isteri..

Semasa akad nikah..



seusai akad nikah..

menjengah menengok..


1 Disember 2009 :

Tarikh keramat apabila majlis kenduri diadakan. masa ni, semua gembira, jumpa sanak saudara, sepupu sepapat, jumpa orang yang dirindui, orang yang susah balik kampung kalau tak de sebab dan sebagainya.

Jadi ingin dikongsikan ngan rakan-rakan blog, follower langsung dan tidak langsung kemeriahan yang dirasai sepanjang majlis berlangsung.. so..LAYANZZZ...














Zatul:mohon maaf kepada kawan-kawan yang tidak dijemput..kerana saya bukan AJK jemputan dan lagi satu terlupa langsung..semua jemputan diserahkan kpd umi abah n pengantin sendiri..heheh...(sebab bukan kenduri utk sayer keh...)nanti AIMAN kawin saya nak melantik diri sendiri jadik AJK Jemputan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin