Tuesday, December 15, 2009

Mengintai 5S di TNB...

Dah lama golongan lecturer JPA ni tak buat lawatan sambil belajar..huk..huk..
Kelmarin bersamaan dengan 14 Disember 2009, JPA membuat lawatan ke TNB Ulu Kinta untuk melihat bagaimana hasil usaha tenaga kerja kat TNB ni buat OPERASI 5S sehinggakan mereka dapat pengiktirafan 5S yang begitu diidamkan oleh PUO...


Gambar menceritakan segalanya..jadi, pandai-pandaila membuat tafsiran...


Sesi Taklimat

Semua disusun kemas


Gunakan saya..Siapa nak bergambar ngan apa?aku yang berbangga ke bekas sampah yang berbangga?

Sudut 5S

Lampu pun di 'tag'

Tersusun cantik, sejuk mata memandang



Misi aku pun bermula...buat tanda nama utk memastikan meja tidak dicuri...



Zatul said: Apa yang penting???KERJASAMA dan ISTIQAMAH.. jadikan budaya dan amalan kita....











Monday, December 14, 2009

::::>>JALAN-JALAN MENGGAMIT MEMORI<<:::

Hampir 5 tahun dulu aku pernah di sini... bersama segerombolan bas dari UM bersama sir Shabesan yang sedikit tegas..
Kini, bersama suami tersayang, aku kembali lagi.. suasana tidak berubah..masih sama macam 5 tahun yg lalu.. seolah2 terbayang2 kawan2 yang datang bersama, tempat yang kami ambil gambar bersama..oh!kurindui saat itu....
Beberapa tempat tak sempat disinggahi ekoran terlalu ramai manusia yang datang.. tapi ada orang tu janji, nanti nak bawak datang lagi... JANJIII!!!!!
Apapun semuanya STRAWBERRY..gambar,bantal,keychain..

Last dulu datang sini masa tahun 2005/06..masa tu sebab ada kursus PJK..

Masa ni, ada orang tu malu-malu kucing..sebab ramai orang yg baru datang..

dulu aku bergambar kat sini dengan kawan-kawan se PJK

Merendahkan diri yang sememangnya tinggi

Monday, December 7, 2009

FAMILYDAY'S UNIT AGAMA

Alhamdulillah..setelah bertahun-tahun, bersemester-semester dirancang, penyelaras pun tukar berganti, perancangan pun berkali-kali berubah, akhirnya tanggal 6 Disember 2009, Hari Keluarga Unit Agama berjaya diadakan.. jadik, yang ada isteri bawak isteri, yang ada anak bawak anak, yang ada suami bawak suami(kecuali aku n beberapa orang lagi becoz husband i balik kg jenguk bonda n ayahandanya).

Apapun matlamat dan objektif tetap tercapai n tergapai.(mengubahsuai kata-kata sorang pak sedara "isadli tak de pun majlis tetap on")

Makanan yang dihidangkan lebih kepada pot luck n adala yang jadi menu utama iaitu sate n laksa (i like it)..

Alkisah boleh timbul kembali idea Hari Keluarga ni, apabila sorang ustaz yang merajinkan diri utk mengemas biliknya sempena menyahut seruan 5S, terjumpa cucuk lidi yang entah dari zaman bila lagi..so di situlah dia pun me'volunteer' kan dirinya utk mensponsor daging n ayam. ekoran jugak daging korbannya dari kg yang banyak..ALHAMDULILLAH..rezeki..

sepanjang berlangsungnya majlis, semua happy (kot la) n dapat kenal ahli kuarga masing-masing.. masa nilah dapat tengok golongan mak-mak pakat duk try dukung dan jaga anak orang lain..
















pertandingan mewarna



anak-anak duk lawan bola


daging dan ayam yang sedia utk di perap..

Friday, December 4, 2009

DAH SELAMAT

SALAM JUMAAT YANG PENUH KEBERKATAN, DOA DIMAKBULKAN..AMIN..

Terasa begitu lama tidak mencoret lakaran minda di ruangan blog nie.. banyak coretan yang nak dimuatkan tapi lantaran dek kesibukan yang masih menghantui diri terpaksa ditangguhkan dan akhirnya dilupakan..dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan tugas utama yang akan ditunaikan beberapa hari lagi cuma.. lepas tu, kembali kepada kehidupan biasa yang terpaksa dibiasakan..huk..huk..tiba-tiba terbatuk:(

30 November 2009 menjadi sejarah hidup bagi diri angah kerana selamat diijabqabulkan. Selamat menempuhi kehidupan berumahtangga dengan penuh kesabaran n kebahagiaan. Umur kalian masih muda lagi baru berusia 23 tahun. dah jadik suami isteri..

Semasa akad nikah..



seusai akad nikah..

menjengah menengok..


1 Disember 2009 :

Tarikh keramat apabila majlis kenduri diadakan. masa ni, semua gembira, jumpa sanak saudara, sepupu sepapat, jumpa orang yang dirindui, orang yang susah balik kampung kalau tak de sebab dan sebagainya.

Jadi ingin dikongsikan ngan rakan-rakan blog, follower langsung dan tidak langsung kemeriahan yang dirasai sepanjang majlis berlangsung.. so..LAYANZZZ...














Zatul:mohon maaf kepada kawan-kawan yang tidak dijemput..kerana saya bukan AJK jemputan dan lagi satu terlupa langsung..semua jemputan diserahkan kpd umi abah n pengantin sendiri..heheh...(sebab bukan kenduri utk sayer keh...)nanti AIMAN kawin saya nak melantik diri sendiri jadik AJK Jemputan..

Monday, November 23, 2009

BERSAWANG KE??

Memang bersawang pun...sampai empunya blog pun dah naik jemu.. nak tukar wajah pun tak sempat sebab tengah khusyuk bekerja..lagi2 pula bila bertambah lagi satu tanggungjawab yang sebelum ni berehat seketika.. baru ku rasa letih jugak lah jadi wanita berkerjaya + tanggungjawab kat rumah.. baru nak belajar..memang la.. tupun tak de anak lagi.. insya Allah, pasni, pengurusan lebih teratur..Mujur jugak asben tu rajin la jugak tolong mana yang patut..buat sarapan time aku tak dang, masak tengahri time aku ada seminar semalam..jemur kain, kemas umah..baguih la, memang leh berdikari la..,Walaupun aku tau tahap keboringan dia dah capai tahap maksimum dah.. pagi2 dah kena tinggal,petang2 baru balik..kesian..nak berjalan nuqut nya tak ada..lagi-lagila kesian..

Semalam ada Exec. Talk Kesenian & Budaya Negeri Perak..aku antara yang tercalon.. Pagi2 tu ada senam seni..bersenam seni betullah diorang ni..

so....layanzzzzzzz.....

Monday, November 16, 2009

Sunday yang hening..

Ahad..program hari ialah p tengok sukaneka..

tengok bukan sebarang tengok, tengok dengan penuh kejiwaan..
Tolong kawan-kawan uruskan sukaneka untuk ibu-ibu, bapa-bapa dan anak-anak..
ada 2 game yang dipermainkan... DAM ULAR n REBUT KERUSI..

takde apa nak diceritakan melainkan diorang main2, menang n dapat hadiah...

Sekitar keberadaan di situ...


Masa Lapang Di Hari Sabtu..

Mengisi masa lapang yang terluang, elakkan dari terbuang..Hujung minggu nan syahdu, diisi masa dengan beberapa aktiviti jalan-jalan ambil gambar bersama kawan nan satu yang akan berpisah beberapa jam selepas ini selama lebih kurang sebulan..

Sabtu.."REUNION warga PASTI bersama-sama adik PASTI.."

Masa umur 6 tahun dulu, aku pernah menjadi warga PASTI.. di sini, kami berkumpul, sama dalam pengajian, kami belajar membaca menulis, semoga ALLAH berkati.. Alhamdulillah..

Kini, 20 tahun dah berlalu..melihat pakaian n adik2 Pusat Asuhan ni, menggamit memori yang lalu..Masih ku ingat...kawan-kawan sepermainan..(bukan seperjuangan sebab time tu bukan pulun pun belajar..) ustazah-ustazah yang baik2..doa2 yang diajar, amalan2 yang diajar, yang paling aku ingat cara makan ikut sunnah Nabi.. masa tu tak tau pun hikmah di sebaliknya..bila dah besar panjang ni baru faham..

Dulu masa IHTIFAL PASTI, kalau tak silap aku masuk nasyid..tapi bukan solo la.. agaknya ustazah tau kot, kalau aku jadi solo, maybe hujan pun turun...

Baju sekolah PASTI aku ada sampai 5 pasang..tak taula kenapa over banyak..maybe sebab anak sulung..umi abah excited kot..he..he..


agaknya, macam ni la gaya aku masa 20 tahun yang lalu..

Hotel yang menjadi tempat kunjungan..zaman dulu kitorg buat iHTIFAL kat sekolah je..

Relaxminda: Kat mana la baju hijau aku...


Thursday, November 12, 2009

JAYYID JIDDAN..MABRUK...

Selamat Malam..




Saat ni, ustazah Syarifah Hayati baru lepas cakap dalam FORUM PERDANA.. di sebelahku, ada seorang insan yang sedang marking kertas exam budak dengan penuh ketabahan dan kesabaran..Insya Allah...

Petang tadi, terungkai satu tanggungjawab besar bagi aku(pandangan peribadi) apabila berjaya menguruskan penyertaan wakil PUO ke Pertandingan Pidato Keluarga anjuran LPPKN perak.. Alhamdulillah..walaupun tak dapat gelaran JUARA atau Naib JUARA, namun secara tuntasnya, Malik n Amin tetap berjaya n cemerlang.. Menang Kalah tu perkara no. 2..yang penting berani menyahut cabaran..Sekalung tahniah diucapkan...

Dengan kesuntukan masa, ketiadaan masa, kesibukan mentelaah pelajaran, walaupun tak sempat nak dilatih sebetul-betulnya, mereka tetap berjaya..Bakat yang ada perlu digilap lagi..




A'la Kulli hal,korang tetap di hati ustazah




SANG PELANGI..


Sempat tangkap gambar pelangi..

Masa balik ofis, on the way ke pasar malam (tapi masa tu petang lagi la..), sedang membuat diskusi minda dengan cik PFA yang sekarang ni memangku Puan AFQ, ternampak sang pelangi.. cantik..Subhanallah..

rasa dah lama den tak tengok pelangi.. berkebetulan pulak kat masa tu berkumandang lagu A.Sudirman..teringat kat lagu dia bertajuk Pelangi Petang... sape2 yang ingat JOM NYANYI...

Tajuk : Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Wednesday, November 11, 2009

Friend Is Need, Friend Indeed..

Memilih teman sama erti memilih masa depan…

Memilih teman sama erti memilih perilaku…

Memilih teman sama erti dgn memilih kualiti ilmu…


Maka sesiapa pun yg ingin masa depan cerah, perilaku menawan hati serta luas ilmu dan brwawasan, maka harus pandai memilih teman..


Kita sukar brkembang bila shari-hari kita begaul dgn orang2 malas, kita juga sukar meraih kemulian akhlak, bila shari-hari brgaul dgn orang2 yg buruk akhlak..

Maka tinggi rendahnya kualiti seseorg manusia sangat dipengahuri oleh kualiti org yg menjadi temannya..

RASULULLAH (SAW) BERSABDA…

” Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karibnya) kerna itu, ada baiknya seseorg dari kamu meneliti dulu siapa yg akan dijadikan sahabatnya.. . “

Teman ambil bingkisan ni dari blog suami teman yang hampir sebulan tak dapat online..enggak tau kenapa dong..

Di tuju khas kepada seorang Kawan yang akan sentiasa dirindui selama sebulan lebih lepas ni..but, dun worry, i'll see u kat ofis..

Timbangan PB..


Minggu ni, bermulalah aksi khusyuk kebanyakan pensyarah Agama(Khususnya)mentelaah skrip jawapan pelajar2 masing2 yang dikira boleh mencabar jiwa, emosi.. aksi pensyarah gelak sorang-sorang, aksi pensyarah marah tiba-tiba..aksi pensyarah mengadu pen merah hilang..

tiba-tiba teringat pantun lama ;
Pen Merah Pen Biru,
Jangan marah, I luv U..

Masa tu....MACAM-MACAM ADA...
ada yang jawab dengan penuh kejujuran..
ada yang jawab sekadar memenuhi markah..
ada yang jawab sekadar ilmu di dada..
ada yang jawab, guru pun tak tau kat mana mereka ambil jawapan tu..
ada yang jawab sekadar angin bayu yang berlalu..(umpama lagu Feminin tu..)

Maka masa itu...
kita bagi markah ikut kepakaran kita..
kita bagi markah ikut kepintaran budak itu..
kita bagi markah ikut ke"mood"an kita..
kita bagi markah ikut keluhuran hati kita..
kita bagi markah ikut kesesuaian...

Apapun, yang penting, pelajar dapat faham, aplikasi dan amalkan selagi hayat dikandung badan, selagi iman diwarisi, selagi ilmu diterokai..

dan kita sebagai pensyarah, perlu sangat-sangat supaya bertindak adil dan saksama..Jangan sebab pelajar tu baik ngan kita, kita bagi lebih.. kadang-kadang silap kita sebab tak cuba selami hati pelajar yang cengil ni..

RelaXminDa: nak cepat-cepat siap,supaya leh bersenang lenang nanti ngan ...

Monday, November 9, 2009

HATI GUMBIRA...

Hepi bila dapat kampung..jumpa insan-insan yang dirindui.. rindu ngan telatah adik-adik yang kian membesar..bermacam karenah,riuh rendah,sunyi sepi bila semua tidur.. dapat balik sesekali sesekala, at least terubat sikit kerinduan yang menghampiri tahap melampau..hu..hu..


posing maut ah ngan ecah...


org kata kami ada iras...


our mum

Wednesday, November 4, 2009

Selamat Menuju Ke...


dapatkah anda mengenalpasti individu yang dimaksudkan??? kang tersilap tengok,jadik kes lain nanti..

Lepas ni, sorang lagi anak umi yang akan jadi milik orang lain..hilang lah kelayakan "syurga di bawah telapak kaki ibu" tapi dah bertukar ke bawah "telapak kaki suami" satu darjat yang mulia dan pengiktirafan tinggi bagi seseorang wanita iaitu bertukar status jadi isteri..pastu ibu..pastu nenek..pastu..tok yang..dan...

Tentu Angah dah tak sabar-sabar nak jadi pengantin baru..Memang cepat betui jodoh dia.. umur 23 tahun dah nak jadik isteri orang..

Insya Allah tanggal 29 November ni, jadilah dia isteri orang..

Harapan kakak:
  • semoga dapat jadik isteri yang solehah dan dikurnia zuriat2 yang soleh n solehah..
  • banyak-banyak kan bersabar..
  • ingat kat kitorang jugak..



Kakak said: nampaknya aku dapat anak sedara dulu la kot, sebelum anak sendiri..hu..hu..

Monday, November 2, 2009

Cup cake Bantut..

keinginan untuk cuba buat cupcake telah diaplikasikan pada hari dan malam jumaat lepas.. berkebetulan ada gotong royong 5S kat JPA..al-konon-kononnya nak bawak p ofis..tapi tak tersurat dalam taqdir Ilahi utk kwan2 merasa cupcake aku.. yang dapat merasanya ialah adik2 PSSI yang membantu mengemas Pusat Islam..


Kenapa namanya CupCake Bantut..tentu fahamkaaaan..... sebab ianya tak kembang..seperti bunga kembang tak jadi..selepas dibuat analisis SWOT, paru-parupanya.. aku yang tak putar adunan sampai kembang..KERNA APA??? sebab M.A.L.A.S..dan acara memutar adunan tu dibuat just guna tulang 2 kerat je..mana larat den...

Apapun..rasanya sedap utk dimakan..lainkali leh cuba lagi...

Hari Interaksi PSSI..

Ahad : 1 Nov. 2009...

Hari Interaksi PSSI diadakan sebagai salah satu program semesteran yg sentiasa diadakan..aku??? bukanlah Watak Utama dalam PSSI ni, tapi selaku pengiring n PA kepada Penyelaras PSSI ni yang dikenali sebagai tooot...toooot...(terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan) so terpanggil n memanggil utk datang selaku pengiring la.. semester ni agak bersemangat sikit ngan PSSI sebab, putra-putri anak didik aku ramai yang join PSSi sem. ni..(bangga den..)


Berada di bawah sinaran sang mentari bukan penghalang kepada semangat adik2 ni utk menjayakan program mereka..cuma ustazah2 je yang tak tahan..(heheh...takut cair make-up la kunun2nya..)

Add Image



anda boleh klik utk mengnalpasti antara ustazah ngan pelajar..ada bezanya...


Kawan yang baik ialah yang sanggup pegang payung memayungi kawannya yang lain...(peribahasa baru di alaf ini..)



rasanya tak pernah lagi posing guna payung..ni first time kot..


Zatul said: lepas ni kena beli payung yang pelbagai warna utk disedondonkan ngan baju..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin