Thursday, May 27, 2010

mY Niece is nice!!!

Lama dah rasanya tak update laman sesawang nie..tapi bila diintai-intai tak ada sawang kat sini..
Bukan apa, seminggu nie, sibuk sikit.. kerja pejabat yang tak habis -habis dengan 5S, keje sendiri yang tak siap-siap, semua tu kena settle before bercuti.. KJ dah warning, sape tak siap keje, akan dibatal cutinyer..heheh...

Sabtu yang lepas, menerima seorang tetamu yang dinanti-nantikan..my niece..namanya Na.. Anak Sedara Sebelah Suami.. yelah anak sedara sebelah aku, on the way...seingatnya, sebelum nie, tak delah rapat sangat..kitorang pun jarang-jarang jumpa..so, masing-masing penuh dengan perasaan malu n segan..lagilah bila makcik dia yang nie memang dari spesis pemalu.. Bila Na nak datang Ipoh, rasa mcm ni satu peluang baik nak lebih kenal-kenal lagi.. Apalagi, aku dah buat plan nak bawak dia g jalan-jalan...

Sabtu (22 Mei 2010) 6 petang:
Jalan-jalan di Padang Polo...(niat nak membakar lemak...)


Ahad (23Mei 2010)
Destinasi: Gua Kek Look Thong..










Destinasi : LOST WORLD TAMBUN..
Kalau Na tak datang, rasanya aku tak jejak kaki kat sini..


hati gembira bila dapat tunai impian orang..


zatul: Datang tetamu membawa rahmat dan perginya membawa dosa yang ada dalam rumah kita.. Alhamdulillah..nanti datang lagi ye...

Friday, May 21, 2010

Tunggu Terus Menunggu...


tik..tok..tik..tok...

begitulah seharian...masa sebegitu pantas..langsung meninggal terus tanpa perlu diminta untuk menunggu..yang pasti tak kan menunggu..

Menunggu atau menjadi yang ditunggu memang berbeza.. Menunggu sesuatu yang ditunggu kadang kala boleh sampai tahap memboringkan dan mencabar kesabaran..umpama menunggu pelajar datang buat hafazan..sangat-sangat mencabar jiwa dan perasaan..

Menunggu sesuatu yang menggembirakan?? teramat lama sangat masa berlalu..setiap detik dan saat yang berlalu bagaikan beribu tahun menanti..umpama menunggu seseorang yang istimewa..

Menunggu sesuatu yang separuh mungkin pula ibarat menunggu bulan purnama muncul..kalau awan melindungi bulan, maka sang purnama pun malu nak menonjol diri..yang menunggu dan menantinya separuh bulan, penuh rasa kecewa..

Menunggu sesuatu yang mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh di riba..yang mana mustahil teramat..kalau terjadi pun sesuatu yang berada dalam Kuasa Ilahi..Alhamdulillah..

Semua yang terjadi dalam hidup insan ini, semuanya adalah percaturan Ilahi Rabbul Aalamin.. Dugaan yang terjadi, andaikanlah ia penghapus dosa-dosa kecil..Suka kan!!... Tapi berdoalah, semoga dugaan tersebut, bukan bencana dari Allah..Na'uzubillah min zaalik..

Thursday, May 20, 2010

I. K.H.L.A.S


Di mana peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya beradab. Melatih anak-anak supaya menghargai pemberian orang lain walaupun tak suka..

Geram apabila petang tadi terlihat sepasang ibu n bapa nie membiar je anak kak lia dengan kekecewaan sebab anak-anak dia tak mau terima belon.

Moral of the story... jiwa kanak-kanak bersih.. pemberian kanak-kanak ikhlas.. senyuman kanak-kanak juga ikhlas..tak patut kalau kita membalas keikhlasan itu dengan kesedihan dan kekecewaan kepada mereka ... kerana ikhlas itu tersembunyi dalam sanubari..

Saturday, May 15, 2010

:: ... بارك الله لكم ::

SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHER DAY,

Sebelum 4 tahun yang lalu, aku berada di alam status sebagai pelajar. Masa tu, belum lagi merasai pengalaman sebagai seorang guru, tapi aku tak lupa untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang ada pada masa itu.. dan doa dititipkan dalam setiap kali solat "Ya Allah rahmati dan berkatilah guru-guru aku..." Setiap guru yang ada dalam hidup aku, mempunyai kenangannya dan jasanya yang tersendiri...TERIMA KASIH CIKGU..

Kini, aku sudah memegang status seorang guru atau gelaran yang spesifik USTAZAH.. 3 bulan berada di alam persekolah (praktikal) dan 4 tahun berada di alam politeknik memberi pengalaman yang berbeza-beza.. Di sekolah, guru memang diraikan..tetapi di Politeknik, guru kurang diraikan.. Mungkin pengertian berbeza bagi pelajar..

Suka duka menjadi pengajar ni, kadang-kadang cuba membuat refleksi diri, sewaktu menjadi pelajar.. adakah kita sudah menjadi pelajar sepertimana yg diingini oleh guru kita.. Kalau ada pelajar yang bermasalah, kita cuba ingat balik bagaimana guru kita dulu menanganinya.. Setiap pelajar berbeza... ada yang senang dipujuk, ada yang tak makan saman.. kaedah pun berbeza..lagi dimarah lagi menyakitkan.. ada yang bila kena marah menangis, kita yang turut terasa sedihnya..(sebab diri ini tak pernah kena marah dek cikgu) , bila ada pensyarah lain yang marah kat pelajar, kita terasa kasihan.. kadang-kadang penat jugak nak melayani karenah setiap pelajar.. TETAPI aku tidak pernah merasa menyesal memilih opsyen sebagai pendidik..kerana inilah sumbangan dalam hidupku untuk dibawa hingga ke alam akhirat..

Kepada sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan.. ingatlah !
DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.


Zatul: semoga ditetapkan Iman n bertambah semangat untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya....

Thursday, May 6, 2010

YANG LAMA TUKAR BARU..

Yang lama
::
::
::
::
:::::::::::::::::
:::::::::::
::::::::
:::::
::



Tukar baru


Asal tajuk ialah " ALLAH SEDANG MENGUJIKU".. rasa macam banyak perkara yang berlaku seminggu dua yang lebih kepada kesedihan n kesusahan hati..Macam-macam ada..

Yang terbaru, apabila aku diuji dengan Peti ais tetiba rosak.. Ah Po kata kalau baiki habis dalam RM400...ho..ho..ho...

Fikir punya fikir, ingat nak beli baru je... sore tadi jalan2 survey peti ais..last2 jumpa la yang tak mahal n takla juga murah.. tak pasal2 melayang-layang RM600 petang nie.. tapi tak pe.. peti ais ni satu keperluan..kalau tak aku tak ada mood nak masak n nak makan...lagi pula ada sesuatu yang mahal kena duduk dalam peti ais..

Ya.... Allah sedang menguji ku....Allahumma Yassir wala Tu'assir...Ya Kariiimm...

RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin