Wednesday, February 17, 2010

Pada Suatu Hari...part 2


Sungai yang ditagal... boleh dikatakan kebanyakan sungai dekat area kg ni dah ditagal..apa yang aku faham maksudnya sungai ni dah dijampi dan orang tak boleh tangkap ikan kat sungai tu..tapi kalau mandi boleh la... Kalau tangkap jugak, nanti dia kena bayar denda dan dibicarakan di mahkamah kt kg tersebut.. Masya Allah..ikan-ikan Kelah yang besau-besau teramat...

Masa aku sampai berkebetulan ada penduduk sini pun baru sampai..diorang bermandi manda dan yang perempuan duk basuh kain..agaknya kat umah kekurangan air kot...Kehidupan yang memerlukan kesabaran yang teramat sangat...
bergambar dibenarkan...just jgn kacau ikan sudahhhh....


Agaknya ikan-ikan ni pun duk menunggu insan ni datang bagi makanan sedap kat depa... murah rezeki...

Zatul: Teringat kata-kata si dia...sekarang ni datang sebagai tetamu, lepas-lepas ni datang sebagai penduduk...Owh!!!No...No..No....Insya Allah...

Pada Suatu Hari....(part 1)

Dulu-dulu kan.. setiap kali abah bawak p jalan-jalan, bila balik mesti abah suruh buat karangan pasal tempat yang dilawati...Selaku anak yang baik dan rajin(untuk masa tu) aku buatla...lepas tu abah tanda merahkan kalau ayat salah...macam cikgu-cikgi BM tandakan...cuma aku tak di beri markah percent tapi just A,B @ C...Tapi seingat aku tak pernah dapat C...

Kini-kini...aku teringin nak kembalikan nostalgia tu..walau di alam maya bersama ICT yang terkini, mungkin abah boleh nilai tahap kebolehan aku dalam penulisan..Aku bukannya terer sangat pun just suka untuk meluahkan dan berkongsi cerita warna-warni rencam kehidupan yang adakalanya suka dan adakalanya duka...

Perjalanan ke Sabah membuka ruang dan minda aku untuk banyak berfikir dan menilai kehidupan.. Terus terang aku katakan sehari aku berada di KG LANAS (Kuarters sekolah suami) terdetik di hatiku yang aku rasa sedang hidup macam orang asli.. Nak basuh pinggan kena angkut air, nak mandi kena tadah air, nak ke tempat mandi kena intai bawah rumah tengok adakah si Kalbun tidur ke apa ke..memang la ia tak kejar org..tapi TAKUT la jugak..kang dia ingat aku ni pencuri ke?(WAJAH BARU DI KG LANAS)..

Orang macam aku yang tak pernah melalui gaya hidup macam tu memang terasa kesukaran nak hidup di tempat macam tu, tapi dalam masa yang sama aku sedar, ada lagi insan & warga pendidik yang lain yang lebih sukar kehidupannya... TABIK SPRINNGG kepada insan tersebut.. Besar ganjarannya di sisi ALLAH..asalkan ada IKHLAS...INSYA ALLAH...Perjalanan menuju ke destinasi memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit dari Keningau ke KG LANAS..MasyaALLAH..bukan jalan penuh dengan onak duri tapi penuh dengan batu-batu yang mana hikmahnya dapat dirasai waktu hujan...(menurut suami)..diceritakan pernak terjadi kes ibu melahirkan anak dalam perjalanan ke Hospital Keningau dek jarak yang jauh di campur dengan keadaan jalan yang menyebabkan otak bergegar..perut berkocak...


Debu-debu yang berterbangan yang semestinya bukan udara yang baik...tapi itulah yang dialami oleh penduduk sekitar sini...

bersambung....


Zatul :Syukur sangat-sangat dapat PUO...

Thursday, February 11, 2010

Waiting For...


Menunggu detik untuk terbang berangkat ke tanah seberang... Doakan semoga selamat pergi dan kembali..dan....tidak sesat dalam airport....

Tuesday, February 2, 2010

Time Rajin+ Time Lapar= Kenyang...Alhamdulillah

Rasa dah lama tak buat entry bab masak2 ni.. bukan makne tak masak tau...

Minggu lepas baru nie, tak tau la kenape..asyik duk nak makan-makan je.. biasa la..gaji dah dapat, nafkah dah dapat..tinggal nak guna je.. Tu yang bila sampai pasar malam Jumaat tu, rambang je mata..tak tengok dah ikan-ikan yang RM 5 sepinggan..Yang dinampak...Ketam yang besar, sotong yang besar..melilau jugak cari udang yang besau tapi tak de...mujur...kalau tak...

Pagi-pagi Sabtu,fikir2 nak masak apa utk sarapan pagi..tercetus di minda nak makan Pasta Spiral goreng... inilah hasilnya...boleh tahan la utk dimakan oleh diri sendiri...Yang ni dijadikan sarapan pagi merangkap makan tengahri merangkap petang..malam dah tak makan..diet...


Pagi-pagi Ahad pula...merajinkan diri nak menguli tepung semata-mata tak mau beli roti PIZZA..kenapa?? aku tak suka roti yang tebal.. Kenapa? sebab lambat nak dihabiskan..so, uli-menguli jadilah doh... Inti PIZZA sendiri buat juga sebab boleh ikut suka kita nak letak n bagi rasa apa..itulah kelebihan kalau buat sendiri..



Matahari dah mula memancar terik, aku kat dapur masih sibuk nak masak lemak ketam...Fuh! sedap... ditambah lagi dengan sotong goreng kicap..not bad la..dan tak lupa sambal yang diberi oleh mak mertua..


Dan...yang paling istimewa sekali Ice Blended Laici Bandung...very-very mencabar sebab nak pastikan ice tu kecik-kecik je..takut blender rosak..


And...yang paling-paling-paling istimewa yang dah berjaya dibuat oleh sendirian berhad ialah Panna Cotta coklat... akhirnya i did it!!!!



Zatul: time rajin...semua jadi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin