Sunday, September 19, 2010

ceritera raya...


Raya pertama kt umah mertua sebab asben kena baca khutbah raya..dekat2 asar baru balik umah Gong Serai.. mujur rumah dekat..dalam sehari leh balik kedua-dua rumah org tua.. walaupun lepas tu berpisah berbulan-bulan lamanya..

Raya kedua ziarah umah saudara ayah(FIL) di kuala krai..kenal saudara mara..petang pegi open house umah pak sedara di padang pak amat...lewat sampai, byk makan dah habis...

Malam raya kedua, jamuan makan-makan kat umah Gong Serai..just jemput yg terdekat je.. ala kadar...

Raya ketiga ke Bukit Bunga, open house ayah long...jamm punya jalan..dibuat pulak budak kecik yg sorg ni crit birit.. tahan muka jela bawak dia tengah2 jalan yg sesak ke restoran berhampiran.. nasib malang lagi, air tak ada..terpaksa mengangkut air dari bilik lain..sabar je la..sayangkan adik macam nilah...

Malam sambung makan kat open house umah Cik Dah...kenyang..sebab baru jumpa nasik..

Raya keempat, kak ti sekeluarga dah nak balik Seremban..bila pulak leh jumpa..

Raya kelima, buat pemeriksaan rutin..alhamdulillah..ok..Faqihah teman g klinik..

Raya dah beransur habis....bila balik perak n asben dah pegi Sabah, hati dah tak berminat lagi nak beraya..yang tinggal hanyalah tunggu hari yg sesuai untuk Puasa Sunat Syawal pulak...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin