Tuesday, January 19, 2010

AAAAHHHHHHH.......

tajuk di atas bukan bermakna aku memanggil nama adik yang bernama 'ah' tu.. tapi sekadar utk menjadikan ruangan ini sebagai tempat utk meluahkan hati....

meeting mula dari jam 8.30 hingga 1.30 ptg...apa yang dirasai oleh sang pencatat minit... mujur jugak ada 2 orang..tapi lagi terasa bila sang pencatat yang sorang ni bagi bad news..tambah lagi satu perasaan ...sedih....

Konvo oh konvo..pergilah dikau sesegera mungkin..aku nak g mengajar pulak... kesian adik2 aku terpaksa dicancel kelas sejak dari awal semester lagi..baru je nak mengangkat sauh di pelabuhan JKP, terpaksa berlabuh lagi...

n yang penting lagi, bagilah aku bercuti dengan aman damai mula 12-16 feb. ini...i'm flying without wing...

Sunday, January 17, 2010

JOGING-MOGING

Ahad- 17 jan 2010

Tiba-tiba semangat kesukanan timbul di benak sanubari..yela, kesihatan perlu dijaga.. lemak2 yang terkumpil secara tak sengaja perlu di lupuskan dan dibakar..

Seawal pagi sebelum mentari memunculkan diri, sebelum kedinginan air di kali menjadi suam-suam kuku, seiringan sang burung keluar mencari rezeki, kami bersama2 AGA327 memecut laju ke tempat yang dihajati. ke mana??? ke siiiniii....



Seperti biasa muqaddimah yang tak pernah ketinggalan ialah....snap gambar dulu sebagai salah satu akt.memanaskan badan...



Last2 sampai ke sudah, kejenya duk mengambil gambar. Joging pun tah ke mana...

Dah nak balik daa...


Dah puas posing kat taman ni, AGA327 memecut laju pula ke GUA KEK LOOK TONG... motifnya nak berjalan2 kat taman.


zatul: a'qlu salim fi jismi salim...

Friday, January 15, 2010

Proses Penyesuaian...

sekadar gambar menghiasi blog nie...

Ho..ho..ho...

Tik..Tok..tik..tok...sekejap je masa berlalu..tup..tup..kena pancung...(merujuk kepada kata2 hukamak)

Pindah tempat satu perkara yang very-very-very tak suka dan membosankan...walaupun sekadar dua/tiga langkah...

Dah seminggu aku beralih tempat..ke tempat yang aku tak terfikir dan tak mau fikir pun sebelum ni... Sape suka duk kat OFIS??? dulu bilik aku sunyi, sepi, kalau bising pun mesti sebab something yang besar berlaku.. ada alunan bunyi2 nasyid, bunyi kerusi bergerak pun kadang2 kedengaran..

Tapi apapun semakin hari aku dah semakin ok dan try to membiasakan diri..nak buat camner kan????


Zatul: sedikit terkilan bila tak dapat bergambar kenangan utk kategori pemenang bilik 5s.. orang tak ajak nak buat camner kan???takpelah, bagi sumbangan untuk bilik barulah pulak...

Friday, January 8, 2010

RESAHNYA HATI AKU...

Aku nak pegi..tapi aku tak pasti..
macam2 rasa ada..
Ya Allah, tunjukkan jalan hidayah Mu,
Bimbinglah aku dalam membuat keputusan,
Aku tak tau nak pilih,
Takut nak buat keputusan,
Takut terbuat keputusan yang salah,
Tapi aku yakin setiap keputusan ku diiringi dengan doa,
Yakin itulah Qada' dan Qadar Ilahi..
Sama ada suka atau duka, gembira atau sedih, manis atau perit
Segalanya ada hikmah disebaliknya..


Zatul: amat berharap sokongan dari insan yang memahami...

Wednesday, January 6, 2010

HEPI BIRTHDAY AH..

Dah besar dah..tahun depan dah nak sekolah..


Selamat Hari Lahir ke 5...

Dah besar dah..tahun depan dah nak sekolah..

Semoga 'ah' jadik anak yang solehah, dengar cakap umi abah, kakak2, abang2..,berjaya dalam hidup dunia akhirat




Tuesday, January 5, 2010

NUR ALISYA SUFIYAH

Ahlan Wasahlan...selamat datang ke dunia fana...dunia yang dijadikan tempat persinggahan sebelum menuju ke alam baqa'...

Seorang lagi insan dilahirkan..dialah Nur Alisya Sufiyah, anak bapak sedara merangkap sepupu..adik kepada Nur Aisya Humairah dan Ahmad Atiq Shihabuddin..
Alhamdulillah, semuanya selamat..

Semoga Sufiyah jadik anak yang baik dan cemerlang dunia dan akhirat...amiin...




ZatuL: Terasa teramat bangga bila diberi penghormatan utk carikan nama bagi Alisya..

Monday, January 4, 2010

KEDAH-PERLIS-PULAU LANG...

Cuti 2 minggu dimanfaatkan semanfaat yang mungkin.. Lokasi percutian yang dipilih, KEDAH-PERLIS..

Sempat singgah tempat2 yang tak semena2 tersinggah..





Rancangan ke Negeri Jelapang padi membawa kami ke Pulau Lang...
Bajet pun berganda.. mujur ada bonus..


Hampir 12 tahun dulu aku pernah ke Pulau Langkawi..masa tu ikut rombongan sekolah abah.. sekarang aku pergi lagi..bersama si dia..

dulu ikut kepala rombongan, sekarang ikut kepala sendiri..

Bagai mimpi rasa p sana, sebab sekejap sangat..naik feri jam 9 bertolak balik jam 4 petang..
Hanya 1 tempat je yg sempat p, Makam Mahsuri..



SELAMAT TINGGAL & SELAMAT DATANG..

Selamat Tinggal 2009...ma'a Salamah...
Selamat Datang 2010..ahlan wasahlan...

Yang berlalu takkan kembali..
Yang mendatang ditunggu detiknya..

Yang berlalu penuh dengan suka duka..
Yang mendatang diharap semuanya suka..

Yang perit diharap takkan berulang..
Yang bahagia diharap berlanjutan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin