Wednesday, August 5, 2009

SEMAIKAN BUDAYA MEMBACA..

Dalam mengisi kekosongan tak ada keje nak buat kat rumah, aku merajinkan diri untuk membalut buku-buku dalam almari dekat sudut library abah.. setelah peralatan dibeli.. maka sesi membalut pun dimulakan.. mulanya ada jugak yg sudi menolong tapi sekejap je.. biasalah budak umur 4 tahun..bukan boleh duk lama2.. last2 bukan buku yang dibalut tapi bekas pensil pulak yang dibungkusnya..

langkah yang diambil pada mulanya ialah cari dulu buku-buku yang best utk dibaca.. ternampak buku ni.. teringat kat ainul sebab dia pun pernah buat promosi tak berbayar utk buku ni..


3 Serangkai...



pastu, abah pulak buat promosi...katanya 3 buah buku ni bagus untuk dibaca.. aku pun ambik la bawak datang Ipoh.. nanti free nak baca.. kat ofis tak dang nak baca.. keje banyak sebulan ni.. biasala nak menyambut birthday PUO...


3 buah buku cadangan dari abah utk dibaca...


Abah ni, kalau bab buku memang dia tak boleh tunggu lama.. kalau kat kedai terutama Jafar Rawas tak jual lagi, dia terus order.. pastu suka menconteng dlam buku.. tapi contengan abah menarik dan menambahkan lagi minat utk membaca sebab tercari2 apa lagi yang abah tulis dalam buku tu...kalau tak caya tanyalah Miss Astalavista..


Pesanan Abah: belilah buku walaupun tak tau bila leh baca..kenapa??? nati habis di pasaran...





Monday, August 3, 2009

RINDU TAK..

hI gEng !!!



Saya cuti 2 hari..balik kg.. memperabiskan buah2 yang ada.. alhamdulillah syukur nikmat.. nati sape2 yang nak buah2 tu, sila bagitau ek.. kalau tak, takut nanti di booking oleh Miss Astalavista n the geng....yang duk luar PUO, kalau nak, sila hantar bersama karung guni atau kotak berserta wang penghantaran..heheh.. kalau yang terlebih rajin, sila kunjungi ke rumah ye..kita makan sama2..yg ni, no-charge dikenakan.... so nantikan kepulangan ku nanti...

Sunday, August 2, 2009

ALHAMDULILLAH


Antara gambar wajib ada..


Berakhir sudah kursus selama 4 hari 3 malam kat Port Kelang..
So, antara gambar yang menjadi wajib diambil ialah posing dekat apa2 yang ada nama tempat tu.. supaya lepas ni kalau kena datang lagi ingatla hotel ni.. lepas habis penutup ni, aku dah bayang betapa jauhnya perjalananku... ke komuter Port Kelang --- Komuter Putra ---- Perhentian Putra ---- ke Machang ------ ke Pasir Puteh. tapi mengingat buah-buahan yang sedang menanti.. ku cekal kan hati melangkah..(Ceewah).




On the way nak ke Kelantan, kalau tak silap dekat dengan Kuala Lipis, berlaku satu kemalangan.. hampir 45 minit bas terkandas tak boleh bergerak.. sebab kedua laluan jalan ditutup.. aku tak tau apa yang berlaku kat depan sana.. sempatla aku habis beberapa bab buku Zabrina tu.. mujur gak ada buku..

Kemalangan...


Pesanan : Bawak lah buku ke mana saja anda pergi.. baca tak baca lain kira...


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin