"Tanya sama pokok apa sebab goyang
Lalu jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
Lalu jawab langit tanyalah awan...
Awan lalu kata aku kandung air,
sampai tempat sejuk aku pun cair,
lihat dalam air nampak bayang-bayang,
campak satu batu bayang pun hilang...."
Lagu ni tentu ramai yang tahu.. seingat semasa sekolah rendah,@ awal sekolah menengah (1995-1996)(alhamdulillah,kuatnya ingatan aku...) aku pernah tertengok cerita tajuk dia " LAGU ALIA".. menangis bercucuran air mata masa tu...dah waktu tu malam..memang LAYANN la...hari ni, 2 OKTOBER2010, bila balik dari kelas tambahan tadi buka TV, tengok2 cerita ni tengah main...
Cerita ni rasanya banyak membantu aku utk jadi kakak yang baik kepada adik-adik..(ye ke????)sebabnya kalau tergaduh dengan adik-adik secara automatik, memori aku teringat cerita nie..tak mau gaduh-gaduh..just gaduh-gaduh sayang...(ade ke??...)...sampai sekarang nie...aku sayang keluarga aku..
Mengisahkan dua beradik yang mana kakaknya sangat garang dan suka marah-marah adik dia.. suatu hari adiknya disahkan mengidap penyakit jantung yang mana doktor bagitau tempoh hayatnya dah singkap..(ramalan doktor la...) Si kakak terdengar bualan mak ayahnya.. lepas tu, dia pun mulalah buat baik kt adik dia.. dah tak marah dan selalu termenung...agaknya memikirkan cammanala kalau adiknya meninggal..akhir cerita adiknya meninggal... sedih...:(
Kesan pada diri aku :
Sebab nama panggilan yang sama (K.A.K.A.K), aku sedikit sebanyak termenjiwai watak budak tu.. tapi kali ni lagi best..sebab tak perlu kontrol air mata sebab tak ada org kat rumah.. (lagipun, tak keluar air mata)masa 1st time tengok dulu, cover2 la jugak sebab semua ada masa tu, abah, umi,n adik2...(masa tu tengok kat umah pok su zin..)..
Zatul: bila cerita abis, muhasabah diri balik...nak jadi orang baik...dan mati dalam husnul khatimah....
KATA-KATA ITU SEBENARNYA TIDAK MEMPUNYAI MAKNA UNTUK MENJELASKAN PERASAAN. MANUSIA BOLEH MEMBENTUK SERIBU KATA-KATA, SERIBU BAHASA, TAPI KATA-KATA BUKAN BUKTI UNGGULNYA PERASAAN.
Saturday, October 2, 2010
Friday, October 1, 2010
UNTUK DITATAP oleh ABAH...
Berkebetulan kawan bagi buah rambai, teringin makan gulai ikan kering yang dimasukkan kulit rambai.. dah lama rasanya umi tak buat..
Di suatu hari yg syahdu n agak keletihan, usaha jugak masak gulai ikan kering beserta dengan solod lada...Bagi aku, yg tak pernah buat..rasa mcm satu kebanggaan n kebahagiaan bila kedua-dua makanan tu menjadi..CUKUP PUAS HATI!!!
Tiba-tiba dapat sms dari abah nk makan jugak gulai tu..tak dapat nak menghantarnya...so, abah tengok n rasailah kesedapannya di alam maya ini...orait???

Lubuk hati Zatul: nak balik kg.... :(
Di suatu hari yg syahdu n agak keletihan, usaha jugak masak gulai ikan kering beserta dengan solod lada...Bagi aku, yg tak pernah buat..rasa mcm satu kebanggaan n kebahagiaan bila kedua-dua makanan tu menjadi..CUKUP PUAS HATI!!!
Tiba-tiba dapat sms dari abah nk makan jugak gulai tu..tak dapat nak menghantarnya...so, abah tengok n rasailah kesedapannya di alam maya ini...orait???
Lubuk hati Zatul: nak balik kg.... :(
Sunday, September 19, 2010
ceritera raya...
Raya pertama kt umah mertua sebab asben kena baca khutbah raya..dekat2 asar baru balik umah Gong Serai.. mujur rumah dekat..dalam sehari leh balik kedua-dua rumah org tua.. walaupun lepas tu berpisah berbulan-bulan lamanya..
Raya kedua ziarah umah saudara ayah(FIL) di kuala krai..kenal saudara mara..petang pegi open house umah pak sedara di padang pak amat...lewat sampai, byk makan dah habis...
Malam raya kedua, jamuan makan-makan kat umah Gong Serai..just jemput yg terdekat je.. ala kadar...
Raya ketiga ke Bukit Bunga, open house ayah long...jamm punya jalan..dibuat pulak budak kecik yg sorg ni crit birit.. tahan muka jela bawak dia tengah2 jalan yg sesak ke restoran berhampiran.. nasib malang lagi, air tak ada..terpaksa mengangkut air dari bilik lain..sabar je la..sayangkan adik macam nilah...
Malam sambung makan kat open house umah Cik Dah...kenyang..sebab baru jumpa nasik..
Raya keempat, kak ti sekeluarga dah nak balik Seremban..bila pulak leh jumpa..
Raya kelima, buat pemeriksaan rutin..alhamdulillah..ok..Faqihah teman g klinik..
Raya dah beransur habis....bila balik perak n asben dah pegi Sabah, hati dah tak berminat lagi nak beraya..yang tinggal hanyalah tunggu hari yg sesuai untuk Puasa Sunat Syawal pulak...
Subscribe to:
Posts (Atom)

