Thursday, February 11, 2010

Waiting For...


Menunggu detik untuk terbang berangkat ke tanah seberang... Doakan semoga selamat pergi dan kembali..dan....tidak sesat dalam airport....

Tuesday, February 2, 2010

Time Rajin+ Time Lapar= Kenyang...Alhamdulillah

Rasa dah lama tak buat entry bab masak2 ni.. bukan makne tak masak tau...

Minggu lepas baru nie, tak tau la kenape..asyik duk nak makan-makan je.. biasa la..gaji dah dapat, nafkah dah dapat..tinggal nak guna je.. Tu yang bila sampai pasar malam Jumaat tu, rambang je mata..tak tengok dah ikan-ikan yang RM 5 sepinggan..Yang dinampak...Ketam yang besar, sotong yang besar..melilau jugak cari udang yang besau tapi tak de...mujur...kalau tak...

Pagi-pagi Sabtu,fikir2 nak masak apa utk sarapan pagi..tercetus di minda nak makan Pasta Spiral goreng... inilah hasilnya...boleh tahan la utk dimakan oleh diri sendiri...Yang ni dijadikan sarapan pagi merangkap makan tengahri merangkap petang..malam dah tak makan..diet...


Pagi-pagi Ahad pula...merajinkan diri nak menguli tepung semata-mata tak mau beli roti PIZZA..kenapa?? aku tak suka roti yang tebal.. Kenapa? sebab lambat nak dihabiskan..so, uli-menguli jadilah doh... Inti PIZZA sendiri buat juga sebab boleh ikut suka kita nak letak n bagi rasa apa..itulah kelebihan kalau buat sendiri..



Matahari dah mula memancar terik, aku kat dapur masih sibuk nak masak lemak ketam...Fuh! sedap... ditambah lagi dengan sotong goreng kicap..not bad la..dan tak lupa sambal yang diberi oleh mak mertua..


Dan...yang paling istimewa sekali Ice Blended Laici Bandung...very-very mencabar sebab nak pastikan ice tu kecik-kecik je..takut blender rosak..


And...yang paling-paling-paling istimewa yang dah berjaya dibuat oleh sendirian berhad ialah Panna Cotta coklat... akhirnya i did it!!!!



Zatul: time rajin...semua jadi...

Tuesday, January 19, 2010

AAAAHHHHHHH.......

tajuk di atas bukan bermakna aku memanggil nama adik yang bernama 'ah' tu.. tapi sekadar utk menjadikan ruangan ini sebagai tempat utk meluahkan hati....

meeting mula dari jam 8.30 hingga 1.30 ptg...apa yang dirasai oleh sang pencatat minit... mujur jugak ada 2 orang..tapi lagi terasa bila sang pencatat yang sorang ni bagi bad news..tambah lagi satu perasaan ...sedih....

Konvo oh konvo..pergilah dikau sesegera mungkin..aku nak g mengajar pulak... kesian adik2 aku terpaksa dicancel kelas sejak dari awal semester lagi..baru je nak mengangkat sauh di pelabuhan JKP, terpaksa berlabuh lagi...

n yang penting lagi, bagilah aku bercuti dengan aman damai mula 12-16 feb. ini...i'm flying without wing...

RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin