Sunday, September 19, 2010

ceritera raya...


Raya pertama kt umah mertua sebab asben kena baca khutbah raya..dekat2 asar baru balik umah Gong Serai.. mujur rumah dekat..dalam sehari leh balik kedua-dua rumah org tua.. walaupun lepas tu berpisah berbulan-bulan lamanya..

Raya kedua ziarah umah saudara ayah(FIL) di kuala krai..kenal saudara mara..petang pegi open house umah pak sedara di padang pak amat...lewat sampai, byk makan dah habis...

Malam raya kedua, jamuan makan-makan kat umah Gong Serai..just jemput yg terdekat je.. ala kadar...

Raya ketiga ke Bukit Bunga, open house ayah long...jamm punya jalan..dibuat pulak budak kecik yg sorg ni crit birit.. tahan muka jela bawak dia tengah2 jalan yg sesak ke restoran berhampiran.. nasib malang lagi, air tak ada..terpaksa mengangkut air dari bilik lain..sabar je la..sayangkan adik macam nilah...

Malam sambung makan kat open house umah Cik Dah...kenyang..sebab baru jumpa nasik..

Raya keempat, kak ti sekeluarga dah nak balik Seremban..bila pulak leh jumpa..

Raya kelima, buat pemeriksaan rutin..alhamdulillah..ok..Faqihah teman g klinik..

Raya dah beransur habis....bila balik perak n asben dah pegi Sabah, hati dah tak berminat lagi nak beraya..yang tinggal hanyalah tunggu hari yg sesuai untuk Puasa Sunat Syawal pulak...


Saturday, August 7, 2010

FESTIVAL KESENIAN ISLAM POLITEKNIK-POLITEKNIK KPTM PERINGKAT ZON TENGAH...

Tahniah dan Terima kasih kepada semua kawan-kawan AJK Festival atas gandingan tenaga, gandingan bahu bagi memastikan festival ni berjalan lancar.

Walaupun semua ada tugas yang tersendiri, tapi semuanya tak berkira dan boleh dikatakan semua kerja pakat-pakat buat.

Tahniah dan terima kasih kepada para peserta dan juru latih yang telah bekerja keras bagi memastikan target. Penyertaan kalian amat dihargai.


bergambar kenangan...


Zatul: Lepas ni leh tumpu pada P&P dan FRP....

Sunday, July 25, 2010

KISAH LAKSAM DAN BUAH...

Agaknya sebab teringat dengan "ah", jadi teringat dekat laksam..bila teringat timbullah keinginan nak makan laksam.. Tapi biasalah, diuji apabila bila nak makan macam-macam ujian.. kawan tak baca sms kiriman la, makcik tak jual la..akhirnya dengan keizinan ILAHI dan bantuan dariNYA, mujur cik PFA sudi meneman utk mencari n menerjah laksam kat Pasar Tani pagi ni..

Teringat masa "ah" suka makan laksam, dulu aku pernah cakap "apa la yang sedap sangat laksam ni?" betullah "ah", kakak baru terasa nikmatnya makan laksam..Alhamdulillah... bezanya kakak makan dengan sayur dia sekali, tapi "ah" makan laksam dengan kuah sahaja...Terima kasih lah "ah" sebab bagi idea makan laksam ni.. kenyang perut kakak pagi nie..Alhamdulillah...Juga tQ VVVM pada Cik PFA, walau ada agenda penting pagi ni, sudi jugak dia membawa teman p Pasar Tani.. tengok2 dia pun teringin jugak...SAMALAH kita...

Cik PFA punya....
Daku punya...bersedia utk makan...yummy....

Sebagai upahnya,(walaupun tau Cik PFA ikhlas) teman hadiahkan buah-buah dari kg yang Faiz bawak nie kat mike...


Buah Garcinia mangostana dan Buah Canarium spp

Buah Nephelium lappaceum dan buah salasa adulis

Terima kasih pada keluarga kat kg sebab sudi kirim buah..maklumlah daku berada di perantauan..walaupun kat IPOH ni berlambak je pun kat kedai, tapi hakikatnya, lain rasanya buah yg dijual kat kedai ngan kat pokok di kg..kenapa??? yg terutama sekali sebab ianya FREE OF CHARGE....heheh...

RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin