Monday, March 8, 2010

Kenangan Tersingkap di Larut Malam...


Entah kenapa..keazaman yang membara untuk menyiap kerja walau jam dah melangkau Pukul 1 pagi.. seusai menyiapkan dua minit mesyuarat, teringin untuk merehatkan minda dengan perkara yang yang diminati sementara menunggu kelopak mata memberat...

Tapi tak tahu nak cerita apa..tentang hati, semuanya telah tersirat dalam helaian Mufakkiratul Mukminah yang di beli awal tahun dulu...

Teringat kat adik kecil kat kg yang baru mula menjejak kaki ke sekolah tadika.. betapa seronoknya dia dapat ke sekolah.. satu kebanggaan pada dia apabila waktu pagi masing2 sibuk dengan urusan sendiri termasuk dirinya..sebelum ni, asyik kena tinggal ngan bibik je.. kesian...Lagipun Atiq juga bersekolah.ada unsur cemburu..tapi tak salah cemburu dia coz nak kejar ilmu...dapat sembang apa yg belajar kat sekolah, kongsi cerita dan perihal sekolah masing-masing... budak2 memang tulus hatinya...

Aisyah pun dah darjah 6.. nampak la sedikit kematangan dan ke arah alam remaja... semoga dia berjaya nanti..

Aku??? dengan caraku... Wallahu A'lam.. tapi aku tertarik dengan kata-kata dari buku "Mencari Makna Hidup"**** " Perubahan adalah sesuatu yang sukar dilakukan bagi orang yang biasa hidup secara rutin. Ini bererti dia menurunkan sendiri kualiti hidupnya dengan menangani cabaran hidup dengan selesa dan tidak menyambut perubahan atau cabaran yang akan menangkatnya naik ke tahap lebih tinggi."****

Maknanya kita kena sahut cabaran..bukan setakat menyahut sepertimana ayam menyahut kokokan si ayam lain tetapi menyahut beserta tindakan yang cukup efektif, optimis dan berkesan sejajar dengan hukum Ilahi...

Pesanan untuk diri dan teman-teman.....




Relaxminda : ILMU TANPA AKHLAK IBARAT HIDUP TIADA MAKNA....

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin