Tuesday, April 6, 2010

TART TELUR RINGKAS


Kepada kawan2 yang berminat nak cuba buat tart telur yang tersangat2 ringkas, ni bahan2 dan cara yang saya dah cuba buat..

Tart

125g butter
63g gula halus
1 biji telur kuning
250g tepung
1 sudu air
setengah sudu teh esen

1.Campur buter+gulahalus+esen = pukul dgn senduk sampai sebati
2.Masukkan telur kuning +air
3.Masukkan tepung gandum = gaul dengan tangan
4. Masukkan dalam acuan pastri
5. Bakar 180c (20 min)

Filling (Krim)
2 cawan susu segar
120g gula pasir
3 biji telur
setengah sudu teh esen
2 SB tepung jagung+1SB tepung gandum=bancuh dgn sedikit air
1 sudu marjerin.

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil atas api kecil..kacau sampai dia pekat..
2. tunggu sejuk

Pesanan:

1. lepas bakar tart, dia menggelembung naik..so kena rajin2 diri tekan bahagian dalam utk diisi krim nanti..AWAS..PANAS..

2. Sekiranya terbeli susu yang basi, boleh guna susu cair..no problem..(ni atas dasar pengalaman saya huhu..)

3. Lepas isi cream dalam tart, bakar lagi dalam 10 min..bila dah sejuk boleh la makan...

4. Better kalau dapat guna acuan pastri yang kecik2 comei2 yg duk jual kat kedai.. tapi saya tak mampu nak beli, so saya guna kertas cupcake dengan alat ceduk aiskrim yang separuh bulat.. ok je..cuma kureng lawa sikit je ( dalam 90 %)...

5. Hias ikut suka hati..saya letak jem dan buah kiwi atas cream ..rasa masam2 manis..SEDAAPP....tapi kena ingatla..kurang gula dalam cream tadi sebab dikhuatiri takut dapat penyakit diabetes. pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia..


Zatul: Seminggu ni duk sarapan pagi dgn tart telur je.. kenyang sampai jam 11 pagi..

1 comment:


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin