Saturday, July 3, 2010

Plan tak menjadi..

Sabtu:3 Julai 2010

Hari ni Cik Zah sekeluarga datang rumah. Berkebetulan ada keje kat Ipoh.. kelmarin mereka sekeluarga ke Lost World Tambun.

Asal plannya nak datang petang kelmarin, tapi disebabkan keletihan bermain air, tak jadi datang. Aku pulak, nak sambut mereka kelmarin, beli la satey..tapi alhamdulillah menjadi rezeki dua orang sahabat merangkap jiran tetangga..Mujur depa sudi datang..kalau tak.....

Awal-awal pagi lagi ke pasar ngan Huda..penuh bersemangat nak beli lauk pauk konon-konon nak masak utk mak sedara yg disayangi tu..Udang ngan Ikan Bawal Besar..dah terbayang nak masak masam manis ikan bawal, goreng kunyit Udang dan sayur goreng..

Tetapi..tiba-tiba semua plan masak-memasak tu tak jadi sebab kesihatanku tak mengizinkan..depa faham kot.. berkebetulan mereka baru usai makan pagi kat Stadium Ipoh..tengah kenyang boyah lagi.. last-last jamu air teh ngan kueh yang sempat dibeli kat pasar tadi...

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin