Wednesday, September 30, 2009

JOm P Beraya..

kalau orang ajak p umah utk makan2 memang laju je.. lagi pula kalau dia kata nak masak spesel..
Ada sorang kawan ni, konon2 baru naik umah baru la..maklumla..sekarang ni dah naik taraf.. berkebetulan lak musim org buat umah terbuka ni, dia ajak p umah dia utk melihat keindahan n panorama umah dia yg memang dekat kawasan perumahan PANORAMA..
Sungguh rajin dia masak..leh bayang la..agaknya lepas balik keje mesti trus masuk dapur utk masak makanan spesel..memg spesel sungguhla..lagi2 pulak bila asben dia takde kat umah.. kitorg memang pulunla makan kat umah dia..

Makanan sedia terhidang..n tunggu utk di 'ngapp..'


Kelihatan seseorang sedang menyantap...

Antara aktiviti sebelum n selepas makan..(ni kes orang taksub publisiti..memetik kata2 ayah wazi " ambo tak gila publisiti")

antara tetamu yg hadir...yg sorang lagi jadik kamerawoman..


Tuan umah yg rajin bangat...

Beginilah K.A.M.I pada 2 tahun lalu..bertiga....sorang pemandu berhemah, 2 orang minah rempit bertauliah..(sapo ek)

apapun tQ kepada Pn. Buenavista sebab sudi menjamu kami yg memang kelaparan hari tu.. juga kalau Pn Buenavista terbaca nie, kim salam tQ juga kepada Tn. Buenavista sebab sudi memberi keijinan utk bertandang n menambah pinggan mangkuk di sinki..(kitorang nak basuh tapi tuan umah tak bagi..nak buat camner kan..)

Kitorang sebagai tetamu percubaan kepada tuan umah utk meng'test' sama ada umah baru depa dah bersedia terima tetamu atau tak.. KESIMPULANNYA...lepas ni, yati n Zul dah boleh buat rumah terbuka utk setiap hari..terutama utk hari cuti ujung minggu..n jgn lupa kat insan kelaparan di Jalan Rokam, Pekan Razaki, 31350 Ipoh Perak darul Ridzuan...atau dail di talian yg memg dah terdapat dalam list phone book hanset tu...

RelaxMinDa: Duk tunggu Kak Wan lak buat Umah Terbuka....

Tuesday, September 29, 2009

ThAnKs 4 BeiNg My Pren..


Keychain ni tempah khas utk sorang sahabat yg paling byk tolong aku dlm pelbagai hal..

Dialah tempat menumpang kasih selama ketiadaan suami..(atau dengan kata lain madu suamiku..heheh..)

Dialah yang jadik peneman kala kesunyian n keboringan melanda..

Dialah jugak tempat utk bergaduh ketika masa nak bergaduh,bertumbuk, sepak-menyepak,tendang menendang,cubit menyubit...(leh caya ke?)

Masa buat mug tu, ada jugak perkhidmatan buat keychain.. jadi alang seluk pekasam...kira join sekalila..maka terhasillah keychain yg amat tinggi nilainya,walaupun harganya tidaklah mahal..
Kepada kawanku itu, terimalah...(terharu tak?)

Monday, September 28, 2009

TEMPAHAN KHAS...

Mug For 1st Anniversary...


Mug ni aku tempah khas utk ulangtahun Pertama perkahwinan.. asalnya nak bagi kat si dia, tapi disebabkan beg dah penuh, aku simpan jelah..

Kepada si dia, aku bagi hadiah spesel yang si dia tak tau pun aku sumbat dalam begnya yg besar.. mungkin bila sampai kg Lanas baru si dia terperasan n musti terharu..(mungkin laa...)

Sebelum tu, aku hadiah juga kat si dia buku karangan PahrolMohd Joui bertajuk, Nota Hati Seorang Lelaki..terharu tengok si dia asyik duk baca...(mgkin ambik hati aku kot)

buku ni ada banyak kisah. kisah yang ditulis dari perspektif seorang anak, suami, bapa dan da'i (pendakwah). walaupun dia tulis dari perspektif lelaki, isi kandungannya related gak dengan aku sebagai seorang wanita. sedikit sebanyak leh memahami si dia...tapi aku tak baca habis lagi..

Antara kata-kata kat cover buku yang menarik perhatian aku berbunyi ;


hati seorang lelaki
kekadang perlu sekeras waja
ada masanya mesti selembut sutera
lelaki..
jika jiwamu tulus kerana ALLAH
pasti lurus perananmu sebagai lelaki..

ReLaXmiNdA: hadiah aku kena postpone daa.. takpe,janji diingati...


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin