Saturday, June 19, 2010

DALAM 1 MINGGU...

Tamat sudah cuti sekolah..

Terasa lama sangat cuti kali ni, padahal seminggu je.. 4 kali ulang alik IPOH-KELATE atas macam-macam agenda..

masa yang penuh dengan program n aktiviti bersama keluarga..

MAJLIS PERTUNANGAN ANAK MOK SU (ASIM)
Lokasi: Pasir Puteh, Ipoh VS Pasir Puteh Kelate
Tarikh : 13 /06/10


makan-makan

bergambar kenangan

PERCUTIAN KELUARGA
Lokasi : Cameron Highland
Tarikh : 13/06/10 (seusai majlis pertunangan)


ladang teh


ZOO TAIPING
Lokasi: Taiping
Tarikh : 18/06/10

rasa macam budak-budak..


burung unta

KUALA SEPETANG
Lokasi :Mak Jah Mee Udang
Tarikh : 18/06/10

kenangan untuk aus..heheh...



Zatul: Tunggu plan utk bercuti bersama keluarga ke BUKIT MERAH pulak..

Thursday, May 27, 2010

mY Niece is nice!!!

Lama dah rasanya tak update laman sesawang nie..tapi bila diintai-intai tak ada sawang kat sini..
Bukan apa, seminggu nie, sibuk sikit.. kerja pejabat yang tak habis -habis dengan 5S, keje sendiri yang tak siap-siap, semua tu kena settle before bercuti.. KJ dah warning, sape tak siap keje, akan dibatal cutinyer..heheh...

Sabtu yang lepas, menerima seorang tetamu yang dinanti-nantikan..my niece..namanya Na.. Anak Sedara Sebelah Suami.. yelah anak sedara sebelah aku, on the way...seingatnya, sebelum nie, tak delah rapat sangat..kitorang pun jarang-jarang jumpa..so, masing-masing penuh dengan perasaan malu n segan..lagilah bila makcik dia yang nie memang dari spesis pemalu.. Bila Na nak datang Ipoh, rasa mcm ni satu peluang baik nak lebih kenal-kenal lagi.. Apalagi, aku dah buat plan nak bawak dia g jalan-jalan...

Sabtu (22 Mei 2010) 6 petang:
Jalan-jalan di Padang Polo...(niat nak membakar lemak...)


Ahad (23Mei 2010)
Destinasi: Gua Kek Look Thong..










Destinasi : LOST WORLD TAMBUN..
Kalau Na tak datang, rasanya aku tak jejak kaki kat sini..


hati gembira bila dapat tunai impian orang..


zatul: Datang tetamu membawa rahmat dan perginya membawa dosa yang ada dalam rumah kita.. Alhamdulillah..nanti datang lagi ye...

Friday, May 21, 2010

Tunggu Terus Menunggu...


tik..tok..tik..tok...

begitulah seharian...masa sebegitu pantas..langsung meninggal terus tanpa perlu diminta untuk menunggu..yang pasti tak kan menunggu..

Menunggu atau menjadi yang ditunggu memang berbeza.. Menunggu sesuatu yang ditunggu kadang kala boleh sampai tahap memboringkan dan mencabar kesabaran..umpama menunggu pelajar datang buat hafazan..sangat-sangat mencabar jiwa dan perasaan..

Menunggu sesuatu yang menggembirakan?? teramat lama sangat masa berlalu..setiap detik dan saat yang berlalu bagaikan beribu tahun menanti..umpama menunggu seseorang yang istimewa..

Menunggu sesuatu yang separuh mungkin pula ibarat menunggu bulan purnama muncul..kalau awan melindungi bulan, maka sang purnama pun malu nak menonjol diri..yang menunggu dan menantinya separuh bulan, penuh rasa kecewa..

Menunggu sesuatu yang mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh di riba..yang mana mustahil teramat..kalau terjadi pun sesuatu yang berada dalam Kuasa Ilahi..Alhamdulillah..

Semua yang terjadi dalam hidup insan ini, semuanya adalah percaturan Ilahi Rabbul Aalamin.. Dugaan yang terjadi, andaikanlah ia penghapus dosa-dosa kecil..Suka kan!!... Tapi berdoalah, semoga dugaan tersebut, bukan bencana dari Allah..Na'uzubillah min zaalik..

RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin