Sunday, September 27, 2009

cEriTa PaGi Raya...

Dah lama duk pendam nak cerita pasai raya ni.. tapi disebabkan keralikan menyambut eidulfitri n mengurus rumah n tangga maka tak ada masa la utk memuatkan entries berkenaan..

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kg berjalan lancar n selamat.. seperti yang dirancang n dijanji hari tu buka puasa kat umah mertua...adil n saksama...

Alhamdulillah, malam raya n pagi raya, diberi keizinan n peluang oleh asben utk menyambut pagi Syawal kat umah abah..TQ for my darling... siapa yg tak happy duk umah sendiri sejak dari kecil...umah mertua pun best jugak..kang ade yg kecik hati..teringat kata-kata si dia " sukala tu dapat balik umah"

PAGI SYAWAL : selepas semua siap n ready, sempatla ambik gambar keluarga.. tambah2 lagi ada orang baru.. yang paling mencuit hati, adik Ah ngan Crown nyer...dia kata hari ni dia nak jadi raja..

pastu solat eidulfitri n sesi bermaaf-maafan.. kat suami, aku dah bagitau awal-awal lagi step2 yang perlu dituruti sepanjang duk umah mygrandpa n grandma..bukan apa..takut si dia terkedu, nanar n seumpamanya..si diakan belum biasa lagi..

Selepas makan-makan n mengagih duit raya kepada yang layak..si dia pun bagi hint nak balik umah.. menyebabkan sorang pak sedara terperasan lalu berkata kepadaku " kakak! Li duk cari nu.." kalau pak sedara tu tak nampak mgkin aku buat2 tak faham kot..heheh...so lepas tu balik umah mertua pulak yang sememangnya tak jauh.. just kg sebelah je..

Tapi sayang seribu kali sayang, lupa bawak kamera.. so, saat-saat duk umah tu, tak terakam detik kenangannya..tahun ni, komuniti lebih dari biasa..so bajet pun lebih sikit dari biasa..

Apapun hari pertama raya aku jadi letih yang teramat sangat..sebab apa? adala....

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin