Wednesday, September 30, 2009

JOm P Beraya..

kalau orang ajak p umah utk makan2 memang laju je.. lagi pula kalau dia kata nak masak spesel..
Ada sorang kawan ni, konon2 baru naik umah baru la..maklumla..sekarang ni dah naik taraf.. berkebetulan lak musim org buat umah terbuka ni, dia ajak p umah dia utk melihat keindahan n panorama umah dia yg memang dekat kawasan perumahan PANORAMA..
Sungguh rajin dia masak..leh bayang la..agaknya lepas balik keje mesti trus masuk dapur utk masak makanan spesel..memg spesel sungguhla..lagi2 pulak bila asben dia takde kat umah.. kitorg memang pulunla makan kat umah dia..

Makanan sedia terhidang..n tunggu utk di 'ngapp..'


Kelihatan seseorang sedang menyantap...

Antara aktiviti sebelum n selepas makan..(ni kes orang taksub publisiti..memetik kata2 ayah wazi " ambo tak gila publisiti")

antara tetamu yg hadir...yg sorang lagi jadik kamerawoman..


Tuan umah yg rajin bangat...

Beginilah K.A.M.I pada 2 tahun lalu..bertiga....sorang pemandu berhemah, 2 orang minah rempit bertauliah..(sapo ek)

apapun tQ kepada Pn. Buenavista sebab sudi menjamu kami yg memang kelaparan hari tu.. juga kalau Pn Buenavista terbaca nie, kim salam tQ juga kepada Tn. Buenavista sebab sudi memberi keijinan utk bertandang n menambah pinggan mangkuk di sinki..(kitorang nak basuh tapi tuan umah tak bagi..nak buat camner kan..)

Kitorang sebagai tetamu percubaan kepada tuan umah utk meng'test' sama ada umah baru depa dah bersedia terima tetamu atau tak.. KESIMPULANNYA...lepas ni, yati n Zul dah boleh buat rumah terbuka utk setiap hari..terutama utk hari cuti ujung minggu..n jgn lupa kat insan kelaparan di Jalan Rokam, Pekan Razaki, 31350 Ipoh Perak darul Ridzuan...atau dail di talian yg memg dah terdapat dalam list phone book hanset tu...

RelaxMinDa: Duk tunggu Kak Wan lak buat Umah Terbuka....

Tuesday, September 29, 2009

ThAnKs 4 BeiNg My Pren..


Keychain ni tempah khas utk sorang sahabat yg paling byk tolong aku dlm pelbagai hal..

Dialah tempat menumpang kasih selama ketiadaan suami..(atau dengan kata lain madu suamiku..heheh..)

Dialah yang jadik peneman kala kesunyian n keboringan melanda..

Dialah jugak tempat utk bergaduh ketika masa nak bergaduh,bertumbuk, sepak-menyepak,tendang menendang,cubit menyubit...(leh caya ke?)

Masa buat mug tu, ada jugak perkhidmatan buat keychain.. jadi alang seluk pekasam...kira join sekalila..maka terhasillah keychain yg amat tinggi nilainya,walaupun harganya tidaklah mahal..
Kepada kawanku itu, terimalah...(terharu tak?)

Monday, September 28, 2009

TEMPAHAN KHAS...

Mug For 1st Anniversary...


Mug ni aku tempah khas utk ulangtahun Pertama perkahwinan.. asalnya nak bagi kat si dia, tapi disebabkan beg dah penuh, aku simpan jelah..

Kepada si dia, aku bagi hadiah spesel yang si dia tak tau pun aku sumbat dalam begnya yg besar.. mungkin bila sampai kg Lanas baru si dia terperasan n musti terharu..(mungkin laa...)

Sebelum tu, aku hadiah juga kat si dia buku karangan PahrolMohd Joui bertajuk, Nota Hati Seorang Lelaki..terharu tengok si dia asyik duk baca...(mgkin ambik hati aku kot)

buku ni ada banyak kisah. kisah yang ditulis dari perspektif seorang anak, suami, bapa dan da'i (pendakwah). walaupun dia tulis dari perspektif lelaki, isi kandungannya related gak dengan aku sebagai seorang wanita. sedikit sebanyak leh memahami si dia...tapi aku tak baca habis lagi..

Antara kata-kata kat cover buku yang menarik perhatian aku berbunyi ;


hati seorang lelaki
kekadang perlu sekeras waja
ada masanya mesti selembut sutera
lelaki..
jika jiwamu tulus kerana ALLAH
pasti lurus perananmu sebagai lelaki..

ReLaXmiNdA: hadiah aku kena postpone daa.. takpe,janji diingati...

Sunday, September 27, 2009

Aku Kena Tinggal...

Hu..hu.. kena tinggal lagi...tapi takpe ada madu lain sebagai pengganti...heheh



Malam tu,konon-kononnya nak sambut anniversary perkahwinan kitorg, tapi Restoran Waritha tutup.. terus cancel..just jadi dinner biasa kat K.M.M TomYam... so, akan dipostpone ke tarikh mendatang...

Disebabkan aku tau si dia suka makan puding gula hangus, aku meng'offer' diri nak buatkan..walaupun sampai umah dah lewat malam...sambil2 tunggu puding masak, sempat mengacau adunan muffin.. tapi sedikit lucu rupa muffin..sebab aku tak menggunakan cup yang sepatutnya... tapi seronok sebab ada orang makan..n siap leh tapau lagi utk perjalanan ke LCCT..


Sebelum berangkat...

OPEN HOTEL..

hARI rAYA KE 2 : Cik Ah n ayah Lan buat umah terbuka tapi bukan diumah depa,tapi kat Hotel Depa..RIDEL HOTEL..So, sesiapa yng berkunjung ke Hotel tu, sila jaja nama saya ye.. manatau kot2 ada diskaun heheh.. (tapi tak ada jaminan ek)
Mengikut SMS, jamuan dari jam 4 hingga jam 7 malam.. tapi di sebabkan STUCK in JAMM, kul 7 tepat baru sampai.. tapi tak ada masalah sebab tuan punya hotel yang anjurkan..

bergambar b4 bertolak ke hotel..



antara yang hadir...

LaYanZZZZ...



Depan hotel...



Semoga rezeki Cik Ah sekeluarga bertambah...

Raya Ke 2

Banyak plan hari ni.. biasala..aktiviti utama time raya.. kunjung mengunjung umah sedara-mara.. sedikit masalah bila over banyak tempat yg nak g sebab melibatkan 2 belah pihak..

ada mak n pak sedara buat umah terbuka yg mesti dikunjungi..sedara lain yang suh p umah ekoran aku tak bawak si dia masa mula2 kawin dulu..terharu gak bila tengok diorang ni, masih simpan lagi hadiah yang plannya nak bagi masa mula kawin dulu..maknanya dah setahunla diperam hadiah tu..

Mertua aku bawak p umah mak sedara dia yang sebelum ni, dia tak pernah bawak anak-anak p.. entah kenapala ayah tiba-tiba tergerak hati ajak kitorang p.. so, pagi sampai tengahari melawat kuarga sebelah suami, sebelah petang baru mengunjungi kuarga sebelah aku..memang adil n saksama..harap2 tak ada bias..

cEriTa PaGi Raya...

Dah lama duk pendam nak cerita pasai raya ni.. tapi disebabkan keralikan menyambut eidulfitri n mengurus rumah n tangga maka tak ada masa la utk memuatkan entries berkenaan..

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kg berjalan lancar n selamat.. seperti yang dirancang n dijanji hari tu buka puasa kat umah mertua...adil n saksama...

Alhamdulillah, malam raya n pagi raya, diberi keizinan n peluang oleh asben utk menyambut pagi Syawal kat umah abah..TQ for my darling... siapa yg tak happy duk umah sendiri sejak dari kecil...umah mertua pun best jugak..kang ade yg kecik hati..teringat kata-kata si dia " sukala tu dapat balik umah"

PAGI SYAWAL : selepas semua siap n ready, sempatla ambik gambar keluarga.. tambah2 lagi ada orang baru.. yang paling mencuit hati, adik Ah ngan Crown nyer...dia kata hari ni dia nak jadi raja..

pastu solat eidulfitri n sesi bermaaf-maafan.. kat suami, aku dah bagitau awal-awal lagi step2 yang perlu dituruti sepanjang duk umah mygrandpa n grandma..bukan apa..takut si dia terkedu, nanar n seumpamanya..si diakan belum biasa lagi..

Selepas makan-makan n mengagih duit raya kepada yang layak..si dia pun bagi hint nak balik umah.. menyebabkan sorang pak sedara terperasan lalu berkata kepadaku " kakak! Li duk cari nu.." kalau pak sedara tu tak nampak mgkin aku buat2 tak faham kot..heheh...so lepas tu balik umah mertua pulak yang sememangnya tak jauh.. just kg sebelah je..

Tapi sayang seribu kali sayang, lupa bawak kamera.. so, saat-saat duk umah tu, tak terakam detik kenangannya..tahun ni, komuniti lebih dari biasa..so bajet pun lebih sikit dari biasa..

Apapun hari pertama raya aku jadi letih yang teramat sangat..sebab apa? adala....

Tuesday, September 22, 2009

HePi AnnyversaRy

Selamat Ulangtahun Perkhidmatan di PUO buat teman-teman seperjuangan.. Cik PFA, Puan Buenavista, Ecot, Yam n ustaz Firdaus...

Tapi sayang sejuta kali sayang, kita tak sempat nak sambut bcoz ramai yang ambik cuti awal sebab nk raya...

nanti kita sambut lepas ni.. so fikir2lah nak makan kat mana beserta bajet sendirian berhad..heheh...

Dikesempatan ni, nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.. biasala lidah mana tak tergigit...

Tuesday, September 15, 2009

BERAYA DENGAN AMAN...



Alhamdulillah..sempurna sudah Majlis Khatam A-Quran..tahniah utk pengurus program yg memang bertungkus lumus utk mnjayakan program ni..aku boleh bayangla, Kak Wan berdebar2 sepanjang program berlangsung. aku just berdebar-debar sebelum n semasa teks ucapan dibaca..SEBAB APA??? sebab aku yang buat teks ucapan KJ n Pengarah... takut gak la kalau dikomen yang pelik2..so, lepas ni, boleh p beraya ke mana sahaja dengan aman...cuma perlu berhadapan ngan JAMM je... bila lagi warga kelantan nak merasa JAMM yang teruk..kalau tak di hari raya...heheh... kalau tak mau terlibat ngan JAMM kena jalan kaki la...


Dikesempatan tu, sempatla bergambar ngan pengurus program yang berkaliber n berbakat.. CHAIYOK!



ReLaXMinDa : SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN...BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

FINAL MATCH OF RAMADAN LEAGUE..

Entry ni, diciplak dari PSSI punya blog.. seronok utk dibaca n terbayang kita sebagai sebahagian pemegang watak utama..so, selamat membaca.....

Assalamualaikum para penonton sekalian,
Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir,
Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City.

Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United.

Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United.

Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak.

Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau

kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

Monday, September 14, 2009

YeAH!

Esok! insan yang ditunggu-tunggu akan muncul di depan mata... Semoga tak ada yang tersangkut.. kalau Pn.atiey said "1st time berbuka tanpa hubby dia kat sisi" tapi aku... baru nak 1 st time berbuka n bersahur bersama my hubby" sob..sob... Tapi no hal lah.. sebab apa? time hubby tak ada di sisi, aku ada si chubby di sisi... nama dia .....he..he.. tak leh bagitau nati dia n si dia marah...(tapi korang jgn duk bayangkan chubby yang macam ni...)



bukan mendua-duakan ek.. maknanya jugak..hari ni, last aku berbuka puasa bersama si chubby utk Ramadhan 1430 H.. tapi tak taula kalau esok dia nak menempek jugak...he..he.. tapi aku yakin chubby ada hidung kan....
Dikesempatan ini, nak mita maaf pada teman tersayang si Chubby, Miss astalavista, Cik PFA, maksu Setesoh atas segala kesilapan n ketakterlayanan, ketidaksedapan masakan, kemanisan air n sira pisang, ketawaran air n kesegalaan yang berlaku... nanti lepas raya kita jumpa lagi... n orang akan kata TEMPEEK ah budak2 ni...LAYANZZZZZZZ


ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

Saturday, September 12, 2009

Bulan Kerahmatan Dah Semakin ke Penghujung..

Cepat betul masa berlalu.. lagi pula bila ditambah kesibukan kerja n rutin seharian.. aku rasa macam aku yang mengejar masa.. yelah, bangun sahur, lepas subuh ready ke ofis..kelas, kerja sampingan yang tak habis2..petang lak balik umah masak utk berbuka.. time keje over banyak, kul 6 lebih baru keluar ofis, so, makanannya kat bazar jelah.. malam lak, lepas maghrib, isyak, terawih dah penat.. kalau leh tahan penat tu, leh la buat keje sikit..kalau tak TIDOOORRRR... esok pun camtu gak..(lebih kurang la...) cuma bila diniatkan keje yang dibuat tu adalah tanggungjawab, diharapkan ianya akan jadi sebahagian dari ibadat jugak...amiiin...

ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

Ole-Ole Buat Adik..


2 benda ni, khas aku beli untuk adik-adik kat umah... ecah n ah... memang kena beli 2 pun kalau tak, depa akan tanya..."kak lebih sayang kat sape sebenarnya? " lemah lutut aku kalau ditanya soalan sebegitu rupe...
so, berkebetulan masa iftar JPP n PSSI baru-baru ni, ada student kesayangan jual key chain ni, aku pun beli la..lagipun leh tolong naikkan pendpatan biro ekonomi pSSI..
yang Flip-Flap tu, aku beli kat GIANT, satu = RM5 n percuma satu...


ReLaXMinDa : MinDa n Hati Rasa seNang biLa daPat Bagi benda Yang OranG suka n kiTa MamPu BeLi...

Wednesday, September 9, 2009

Kata-kata Vs Perasaan

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan..
manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan...

Majlis Pertandingan Hafazan..





Alhamdulillah... selesai udah majlis yang full with controversi...




Tahniah kepada semua terutama diri sendiri sebab dapat jalankan tugas sepertimana yang diamanahkan.. (sapelah yang tangkap gambar ni...lainkali biarlah nampak muka...)



ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

BeLi Dulu, Baca KemuDian..


2 buah buku ni, dah lama beli..tak tak dang nak baca lagi.. utamakan yang lebih penting dari yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting...
Kita dah masuk fasal terakhir Ramadhan.. so sama-sama merebut peluang terutama merebut malam Lailatul Qadar.. 1 malam lebih baik dari seribu bulan... amiin....

ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

Saturday, September 5, 2009

JoM MasaK...

Malam kemarin, Kak Rus datang berbuka kat umah.. makanan already made in BaZar Ipoh Jaya.. So, macam biasa, sembang2 tiba-tiba terajak kak rUs p PasaR pagi esok.. aku teringin bangat nak makan masak Lemak Ketam..hisk sedapnyer..
Dalam kul 10.00 pagi kitorg p Pasar.. jumpa kak ti n suaminya n jumpa Ustaz Hafiz.. biasalah ukhuwah tetap terjalin walau di pasar pagi... jadi termakbullah hajat dihati nak makan ketam.. memang sedap..

orang kata ketam tengah bulan besar..ye ke??

Kak Rus pun rajin nak buat Kerabu Sotong.. memang sedap la.. ada jugak kerang...maknanya menu kitorg seafoodla...Tapi Kesian kat Cik PFA sebab tak dapat makan..dia sakit mata, so dalam tempoh kuarantin n berkurung..aku rasa dah hampir 3 hari dia duk berkurung..sebab takut berjangkit kt orang lain.. In.Allah tak berjangkit.. Kena Yakin la..kalau kita duk kata berjangkit memang akan berjangkit.. kata2 dalam bulan Ramadan ni boleh jadi doa..So, doala yang baik2 n banyak2


Allahumma Laka Somna Wabika Aamanna wa'ala Rizqika Afthorna Birohmatika Ya Arhamarraahimiin....





ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

Friday, September 4, 2009

TeAm BuBuR L@MbuK JPA..

Kemarin, Khamis bersamaan ngan hari batik negara.. PUO mengadakan Pertandingan Bubur Lambuk.. Tujuan nya utk diagihkan kpd warga PUO.. so, ada 11 pasukan yang brtanding t'msuk JPA yg menghantar 8 peserta..



So, hari tu aku miss 2 kelas dari 4 kelas... Pagi2 lagi(kul 8.20) kitorg dah kena berada ditempat pertandingan utk ready apa yang patut.. Jadi, aku n Cik Ketua adalah org pertama yg sampai (bg kump. kami la..) lepas tu baru depa-depa yg lain datang..



so, dipublishkan suasana riang-ria, haru biru sekitarnya...



bergambar kenangan sebelum make-up cair..




Orang kata geng anak anak dara..betul ke??

Bergambar kenangan bersama KJ JPA...

dari begini.....



jadi begini....

sedia di 'expose'kan


Posing sket...



ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

Tuesday, September 1, 2009

JuLa-JuLi CuTi 3 HaRi..

Sapela yang tak seronok balik kg..
lagi pula bila kepulangan kita dialu-alukan...

So, entry kali ni,adalah kesimpulan 3 hari bercuti kt kg..

Hari Sabtu round2 Pasir Puteh.. beli yang mana patut n terbeli mana yang tak patut..

Hari Ahad n Isnin,2 hari berturut-turut g ziarah Kota Bharu.. Wah! memang berubah la.. tergamam sejenak memikirkan suasana dulu n sekarang...10 tahun lalu, ia adalah tempat yg lapang n tapi sekarang tersergam separuh indah sebuah SHOPPING COMPLEXs... Tapi hatiku lebih lagi terikat dengan The Store, Mydeen, n pasarraya yng zaman dulu-dulu..


Sasaran yang pertama ialah nak cari kain sembahyang utk Kak Rus n tudung utk aku... Hari Sabtu,jalannya memang JAM... Sebelum sampai aku terlelap, masa balik pun terlelap...
Tapi Hari Ahad tu dah ok.. line clear..senang parking.. dapatla tangkap sepasang blouse...

Tempat wajib p, Jaafar Rawas.. banyak buku yang aku tak terbeli...

Dalam masa cuti 3 hari tu, antara act. yang dilakukan bersama family ialah :


Sambut Birthday Umi yang dah lepas... tapi tersilap tahun..bukan 52 tapi 51...heheh...



Dalam masa tu, ada yang tertido.. sebab kitorang buat lepas balik terawih..



2 orang assistant umi kat dapur.. bab main api memang suka...takpe,janji ikan tu dibakar bukan terbakar...

PIZZA yang dibuat petang tu, dah tinggal banyak ni sebelum buka puasa..sebab ramai yang tak puasa terutama mek ah..dia puasa setakat jam 10 pagi je...Pizza ni dapat pujian ramai..walaupun tak cukup bahan..




ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin