Friday, July 24, 2009

I LOVE MY FAMILY



Tibalah saat yang ditunggu-tunggu.. dah lama buat ni, tapi tak ada masa nak edit gambar.. Jadi dalam kesibukan, sempat jugakla edit sikit-sikit..Maka terhasillah foto2 ini..
Jom kita kenal..

my abah.. Nama dia Hj Abdullah atau lebih dikenali Cikgu Lah. Ngajar kat SMK Kamil.. impian abah yang nampak macam tak menjadi ialah nak buka kedai bila pencen nanti sebab myb akan jd tukang ambik n hantar sekolah kpd mek ah..Abah baik, pakar kaunseling n memang memahami.. Memang padanla jadi cikgu..

My Ummi.. Nama umi Siti Amnah.. atau dikenali jgk dengan nama kak nah @ Cik Nah. Keje kat JPJ.. so senang bagi aku kalau nak renew lesen memandu.. Cita-cita umi yang tak menjadi n mujur tak menjadi ialah jadi pramugari..masa tu sebab saje je isi borang.. tengok2 dipanggil interview..tapi direject bcoz tak cukup inci tinggi..padahal umi ni kategori orang tinggi jugakla dulu2.. seorang ibu yang baik, n paling penting pandai masak..

My second adik, namanya Afidatul Syakirah..kitorang panggil Ngah.. Kecik2 dulu dia musuh ketat aku..pantang jumpa mesti bergaduh.. masa tu kitaorang berempat, 2 perempuan, 2 lelaki.. cukup partner.. tapi aku tau dia sayang aku..dia dah hampir nak tamat zaman bujang.. ins. Allah raya Haji nanti.. pasni aku dapat la adik Ipar..suami aku pun dapatla kawan..


Yang ke tiga, namanya Afiq Aiman.. diala ikon iklan aiman tak kisah tu.. sekarang duk b'jar kat UIAM gombak.. Kategori seorang yang cukup memahami..n rajin belajar (ye ke..)so gud luck la di dunia akhirat..

Yang ke Empat, dulu ingatkan dialah yang bongsunya..rupanya tidak.. dia duk Maktab kat Kuala Lipis..bakal Ostad.. orangnya kecik tapi tinggi..Kategori rajinla..kalau dia baca ni, perasan habis meletup la..


Yang Kelima nama Siti Aisyah Solehah..Dia hadir selepas Aus membongsu 8 tahun.. masa tu umi nak g mekah.. Ecah baik ngan aku n abah pernah kata dia ni ada ciri2 ahli tasawuf sebab jenis banyak fikir n tanya.. kadang2 geram pun ada.. Dia adalah penyambung keturunan Siti..Nama dia Aisyah sebab masa tu abah baru balik Mekah jadi abah nak letak nama ummul mukminin la.

Ecah selalu jadi mangsa n pemangsa kepada faqihah.. macam kakak-kakak dia yang dolu2.. jumpa bergaduh, tapi kalau tak jumpa, duk sibuk mencari.. ecah pernah nak promote aku kat orang2 kat kedai2 kat kampung..




Yang bongsu, namanya Siti Nur Faqihah..dia ni jenis lincah muggas.. suka mengusik kak ngah n kak ecah.. Hobi dia menulis n komen masakan orang.. sebabnya dia jenis tak suka makan lauk..Makanan dia just nasi ngan kicap..senang sape dapat dia..tak banyak bajet utk bagi dia makan..berperang kalau nak makan.. jadi kitorang kena prepare cerita apa-apala kalau nak bagi dia makan.sambil makan, sambil bercerita.. yang tak tahan, tajuk, dia yang bagi..Apa yang dicerita kalau tajuknya, "Kipas dengan Lampu", "Budak dengan Air-Cond"..so hentam sajalah.. yang penting, dia dah jadi sumber idola kepada miss astalavista..




Selepas 25 tahun membujang, hadirla orang baru dalam hidup n keluargaku.. nama dia Mr. Isadli.. Dia jenis sporting, n penyabar..Dia duk Jauh Nun Di Sabah sana.. tak taula bila dapat tukarnya..harap2 cepatla..aisyah n tahah selalu tanya, abang long dia pernah marah tak kakak dia yang ni..Tak Pernah la duhai adik2 ku sayang,bayangkan kalau la aku cakap pernah marah, mesti diorang serang abang long dia yang tu.sebab diorang penyokong kuat aku..heheh.jangan mare..




Demikianla, kisah hidup yang setakat 26 tahun ni..semoga lepas ni, hadirla orang baru yang ditunggu2...Insya Allah..so, korang pun doa2 la..

3 comments:

  1. bila tgk gmbar ummi, tingat kat ummi..lama btl xjmpa dia..

    ReplyDelete
  2. musuh ketat??memg..memg...
    tapi muka ni jgk la y dok dgr dier citer bila balik asrama maahad dlu...
    smpai kite tertido pom dier sanggup kejutkan kite balik..huhu (T_T)
    erm..tapi biasa la budak2...x gaduh x mesra la..hehehe...
    anyways thanks for byk support..n doakan ore moga jodoh berpanjangan n dapat tempuhi semua dugaan dgn tabah dan sabar....n redha....
    (^_^)

    **innocent sister-ngah ('',)

    ReplyDelete


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin