Wednesday, August 19, 2009

BUBUR UNTUK ORANG SIHAT..

Alkisah, ada sorang kawan ku yang sorang ni, tak sihat.. dia sakit tekak.. katanya, dia bayangkan tekak dia luka-luka, calar balar..kenapa??? sebab dia menjerit kat budak2 kelas dia.. biasala ustazah POWER katakan.. nak ngajar keh...aku bayangkan budak2 kelas dia memang masuk telinga kanan terus tak kuar2 dah..


Memang suara ustazah ni POWER lah.. tapi kalau dia cakap ngan aku lembut la.. kalau dia cakap ngan aku macam suara dia dalam kelas, konfem ada yang cair dalam telinga...bukan setakat telinga, mata dan, hidung pun berair2..hu..hu...(manjakah aku????)


So, mek perak yang sorang ni, kepingiiin bangat nak makan bubur... sebab kesian kat tekak dia kalau makan benda keras... Aku pun meng'ofer'kan diri nak tulun buat, tapi dia tak mau.. mungkin dia tau bubur yang aku buat kemungkinan besar tak berapa nak sedap...hu..hu.. jadik dia nak buat sendiri kat umah dia... so, takpelah...jimat beras aku.. (GURAU JE DEH)...


Bila malam menjelma, perutku dah menyanyi2..mujur tak menendang2... fikir punya fikir nak makan apa, aku pun ambikla idea mek perak tu utk masak bubur jugak.. tengok dalam peti ais ada seketul daging.. so...kong..kang..kong..kang.. kat dapur tu, siaplah bubur tu...

Masa nak makan aku tergelak sendiri, tak pernah lagi rasanya buat bubur nasi tanpa sebab..biasanya sebab demam atau untuk orang demam atau bubur yang dibuat oleh orang demam..nilah pertama kali aku buat bubur semata-mata sebab lapar dan malas... (BERSEBAB JUGAK LAH JADIKNYA)..
Pagi ni pun aku sarapan ngan bubur semalam.. Alhamdulillah kenyang dan bertenaga..
ZatuL: Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat...

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin