Wednesday, August 26, 2009

KiSaH RaMadHan Ke-5

Syukur, dipanjang umur..

Hari ni, kelas satu je.. tu pun kul 8-9 pagi saja.. semester ni, hari Rabu paling aku suka sebab, just 1 kelas saja n kelas pelajar Sem 1.. ngajar budak sem 1 ni seronok.. dan yang paling best sebab tak kena ngajar Tamadun Islam. bukan tak suka tapi tak cukup bersedia rasanya..Jadi sejarah la kiranya, sem ni tak ngajar Tamadun..sebelum ni, sampai 2-3 kelas.. yang tak pernah terlepas lagi, ialah ngajar Pendidikan Moral... selalu kena ajar..sama jugak, bukan tak suka tapi kurang bersedia.. lagi-lagi bab 1 (Sem2)..

Petang pulak ada meeting Program Ihya' Ramadan.. Tengahahri, nak p jumpa pak Haji..tapi tak tersinggah jumpa dia sebaliknya terpegi ke kedai bunga jumpa "mek bunga".. semenjak dua ni, dah jadi hantu bunga..takpe, bunga kan cantik... dapat juga tangkap 2 gubahan bunga.. Kakak yang jual kat situ pun tegur aku, "hari ni nak cari bunga warna apa lak" aku senyum jelah.. sebab tak plan pun nak beli bunga..tapi last-last tertangkap jugak..

kak Rus pun jadi gian nak memasak kat umah aku.. dia tanya hari ni aku nak masak apa.. aku kata tak tau lagi, nak tengok kat pasar apa yang boleh di beli n selera utk ditelan.. mgkin nak bakar ikan kot..kak rus ofer nak masak Sarwa Labu..(Pengat labu kot), aku 'on' je.. so, balik ofis tu, kitorang terus p pasar.. kak Rus tanya dengan nada berkias " zatul nak makan ayam goreng tak" aku faham maksudnya... aku pun belilah ayam separuh.. elok je nak bayar ayam tu, kak rus tanya lagi, " zatul makan tak sup tulang?" aku jawab, "makan je, kenapa kak rus nak? kalau nak jom kita beli n buat makan buka puasa utk hari esok, nak?" kak Rus kata "JOM" kak Rus ni, memang penuh berbudi bahasa berkias.. dia nak makan, tapi tanya orang pulak.. Mujurla aku jenis cepat faham..heheh...

Jam dah pukul 6 petang, so, kalutlah kat dapur 2 insan yg sedang menyedia juadah berbuka.. berselisih bahu, berebut papan pengiris, berebut senduk.. masing-masing nak siapkan resepi tersendiri.. aku punya simple jelah.. just menunaikan impian kak rus nak makan ayam goreng + bawang besar.. kak Rus sibuk ngan sayur goreng n sarwa labu dia...

Tinnng! siap! so kitorang menyantap hidangan yang memang hasil tangan kitorang.. satu ayam goreng versi Kelantan, dan Sarwa Labu versi Kedah..yang lain dah memang sedia ada.. Bilis goreng tauhu, kurma, pizza, n sambal (mertua bagi).. eloklah kita pakat-pakat buat...Alhamdulillah..

Semasa makan, kak rus tanya lagi, "esok kita nak buat sup daging kan, nanti kena beli daun sup..tadi terlupa.". Takpe kak rus, nanti saya cari kat kedai PakCik AJ (my favourite kedai runcit)..dah lama tak jumpa dia, tak wish pun lagi selamat berpuasa..



ReLaXMinDa : SELAMAT BERPUASA, REBUTLAH SEGALA PELUANG YANG ADA...

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin