Saturday, August 8, 2009

fOrMula IT...


Alhamdulillah.. malam ni ( jumaat 7 augustus 09) berpeluang menghadiri workshop hati..


Dr. Daniel Zainal Abidin..mesti ramai yang kenal terutama penonton setia HALAQAH TV9 DI HATI..


Tajuk kuliah ilmu kali ni, FORMULA IT.. tapi muqaddimahnya punyalah panjang..


* surah Ali Imran ayat 110
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ :١١٠.
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
3 agenda besar terdapat dalam ayat ni (macammana nak jadi golongan umat pilihan dan terbaik..) pada pendapat aku sesuai sesangat untuk dijadikan dasar kepada 1 MALAYSIA yang diwar-warkan..
1. Perlu mengajak diri + masyarakat kepada perkara ma'ruf
2. Cegah diri + masyarakat kepada perkara mungkar
3. Segala apa yang dilakukan bertunjangkan IMAN kepada Allah
* soalan : Kenapa Umat Islam dilantik sebagai umat pilihan tetapi teruk perangai dan akhlaknya???
Jawapannya ada dalam ucapan Umar Al-Khattab " kita merupakan 1 golongan yang Allah muliakan kita dengan ISLAM.. tetapi apabila kita mencari kemuliaan dengan perkara yang asing dari ISLAM, makan tunggulah... Allah akan menghina kita..
Diibaratkan Allah bagi cek tetapi nilai nya Allah yang tentukan..
ForMuLa IT... bukan FORMULA 1
I- ILMU -ibarat pintu gerbang dan perlu diusahakan untuk melalui/ mendapatkannya...
T- Taqwa - إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya)
Kata Ibnu Mas'ud r.a : Taqwa ialah :
1) Taat JANGAN maksiat
2) Ingat JANGAT lupa
3) Syukur JANGAN kufur
bersambung....

No comments:

Post a Comment


RockYou FXText

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin